Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ra.ga.man] | ڤڽراݢمن

Definisi : perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ra.ga.man] | ڤڽراݢمن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon tolong translate dalam bahasa Inggeris bagi penyediaan laporan. perkataan yang dimaksudkan adalah 'PENCAPAIAN PENYERAGAMAN'. Sekian, terima kasih. -yazlin-

Cadangan kami ialah standardization achievement.

Istilah30.03.2010
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat !Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  Lain-lain16.10.2016
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih.Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994.Makna26.12.2006
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih.Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994.Lain-lain26.12.2006
sejarah bahasa baku di malaysia dan aspek pembakuannyaBahasa baku merangkumi aspek ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, laras bahasa, istilah dan sebutan baku. Pembakuan bahasa bermula dengan penyeragaman sistem ejaan bahasa Melayu.Lain-lain23.01.2007
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan?1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat.
2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam.
Lain-lain05.05.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang sebutan baku bahasa Melayu. Bolehkah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dibakukan sebutan mengikut ejaannya?

Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Oleh itu, kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah dibakukan sebutannya. Sila rujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1994.

 

Tatabahasa03.03.2009
Salam tuan. Saya ingin mengetahui sejarah bagaimana bahasa Melayu baku Malaysia terbentuk.

Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Pembakuan bahasa bermula dengan penyeragaman sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994.

Lain-lain19.12.2020
Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu.Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu  bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.Istilah15.10.2020
1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022
12

Kembali ke atas