Salam sejahtera, berdasarkan carian di laman prpm, istilah 'customization' dipadankan sebagai 'pelangganan'. Bolehkah saya tahu konteks penggunaan padanan ini dan bolehkah istilah ini ditukar ganti dengan 'penyesuaian'? Terima kasih. | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, istilah customized turut dipadankan dengan "tersuai". Istilah customize membawa maksud membuat sesuatu mengikut tempahan atau pesanan. Istilah adaptation/adjustment lebih tepat dipadankan dengan "penyesuaian". Walau bagaimanapun, istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 16.07.2021 |
Bolehkah menggunakan 'flexibility' kepada fleksibiliti, 'adaptability' kepada penyesuaian, 'empowerment' kepada mewakilkan, dan 'consistency' kepada ketekalan? | 1. Menurut data kami, padanan yang sesuai untuk perkataan flexibility ialah kefleksibelan atau fleksibiliti, adaptability ialah kebolehsuaian, empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan dan consistency ialah ketekalan. | Istilah | 22.05.2017 |
menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu | Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
perkataan berlawanan dengan dinamik? | Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif) | Lain-lain | 02.08.2007 |
Apakah perbezaan di antara verifikasi dan pengesahan? | Perkataan "verifikasi" merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=verifikasi&d=1 | Makna | 16.12.2015 |
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita | Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai; | Makna | 22.07.2010 |
Kalau mengikut pedoman ejaan, bagaimana "Khusrau" patut dieja secara baku? Khosrow, Khosroe, Khosrau, Chosroes, Husrau, atau Kisra (daripada bahasa Arab)? Atau ada ejaan lain yang DBP tahu? | Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1972-1992): Penyesuaian Ejaan Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar: Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah. Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Ini memudahkan pengenalan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Ejaan kata nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung. Jadi, kata "Khosrow" iaitu kata nama khas sepatutnya dikekalkan seperti ejaan bahasa sumbernya, walaupun sudah ada penggunaan ejaan dalam penerbitan berbahasa Melayu yang menggunakan ejaan "Khosrou" dan "Khusrau". | Ejaan | 17.07.2024 |
Salam sejahtera, maaf saya ingin bertanya tentang ejaan permainan kabaddi. Apakah ejaan yang sebetulnya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan ejaan perkataan kabaddi mengikut penyesuaian ejaan ialah kabadi. | Ejaan | 13.06.2020 |
mengapa ejaan mee salah. mengapa mee tergolong dengan morfologi | Ejaan yang betul ialah mi. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, "ee" disesuaikan ejaan menurut peraturan penyesuaian huruf dan menjadi "i". Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan. | Ejaan | 12.03.2012 |
SILA TERANGKAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TINGKAHLAKU MALADAPTIF BESERTA CONTOH-CONTOH TINGKALAKU MALADAPTIF DALAM DWI BAHASA. | Padanan istilah bahasa Melayu bagi "maladaptive behaviour" ialah kelakuan salah penyesuaian/maladaptif. Untuk keterangan lanjut tentang istilah ini, sila dapatkan maklumat melalui buku-buku berkenaan tajuk tersebut atau hubungi IPTA/IPTS. | Istilah | 24.08.2009 |