penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot. | Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2006 |
kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V | 1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT 2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10. | Lain-lain | 28.11.2017 |
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasih | Pameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. | Tatabahasa | 20.07.2020 |
KEDAI PERABOT Silentnight Sleep Boutique | Selamat ptg. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my untuk pengesahan iklan dalam talian. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 02.11.2016 |
kilang perabot | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 01.08.2013 |
Kilang perabot itu menawarkan kerja (kosong) kepada belia yang berminat | Menawarkan kerja | Tatabahasa | 26.03.2008 |
'Fully Furnished' dan 'Partially Furnished' sesuai digantikan dengan Perabot Lengkap dan Separa Lengkap ke? Sila beri panduan dan cadangan yang baik. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi 'Fully Furnished' ialah Lengkap dengan Perabot manakala 'Partially Furnished' ialah Separa lengkap dengan perabot. | Makna | 17.01.2018 |
PERABUT ATAU PERABOT | Ejaan yang betul ialah "PERABOT". | Istilah | 01.03.2015 |
Tuan, kilang kami ialah kilang membuat perabot dan komponen-komponennya (bukan kilang jual perabot). Selaginya papan iklan tersebut sudah ikut kami hampir 20 tahun. Kami harap tuan dapat meluluskan permohonan kami. Sekian terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 15.07.2015 |
Pilih ayat yang betul. a. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. apakah jawapan bagi soalan ini? Bolehkah berikan penjelasan dan betulkan ayat yang salah kepada ayat yang betul. Terima kasih | a. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Ayat ini betul. b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. Fakta ayat kurang tepat, ayat yang betula ialah "pelbagai jenis perabot dijual di pusat perabot". c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.04.2014 |