Adakah kedua-dua perkataan berganda dieja dengan huruf besar dipermulaan ayat. Contohnya: Perkara-Perkara atau Perkara-perkara. | Untuk makluman, perkataan berganda, pada perkataan kedua tidak boleh ditulis dengan huruf besar. Contoh yang betul: Perkara-perkara. | Tatabahasa | 22.12.2015 |
Mana satu betul? perkara-perkara lain atau lain-lain perkara? Terims kasih. | Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. | Tatabahasa | 14.05.2016 |
Encik, Dalam ayat berikut, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan kesalahan penggunaan perkataan 'dilangsaikan'? Adakah perkataan 'diselesaikan' dan 'diputuskan' sesuai? Terima kasih. Perkara-perkara lain yang tidak dapat dilangsaikan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. | Perkara-perkara lain yang tidak dapat diputuskan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang. | Tatabahasa | 10.05.2017 |
1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima? | 1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut. 2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang. 3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul. 4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 17.08.2020 |
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 25.01.2018 |
Ayat yang mana satu betul: Malah, dia telah membuat senarai perkara-perkara yang dia perlu / perlu dia lakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol. | Ayat yang betul ialah "Malah, dia telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol". | Tatabahasa | 24.04.2022 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson | 1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat. 3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan. 4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
6.0. FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS Komprehensif hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II) | FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS: Komprehensif hendaklah mengandungi perkara yang berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II) | Tatabahasa | 21.10.2015 |
Saya ingin tahu padanan BM untuk 'deliverables' yang b ermaksud perkara-perkara [produk, perkhidmatan, prosedur, sistem,...] yang patut disiapkan / diserahkan pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "deliverables" ialah bahan boleh serah atau produk boleh serah. | Istilah | 13.06.2016 |
Salam, saya ingin bertanya tentang perkataan "bermaharajalela". Apakah perkataan tersebut khusus untuk perkara-perkara negatif? Contoh ayat:- "Semenjak kebelakangan ini, peragut- peragut semakin bermaharajalela di tempat ini." Sedangkan Dato' Maharajalela merupakan pejuang tanah air. Harap pihak DBP dapat mengkaji perkataan ini. Selain itu, saya juga berharap maklumbalas daripada pihak DBP.Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, perkataan bermaharajalela lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur negatif. Hal ini bermungkinan terjadi sedemikian kerana kata terbitan bermaharajalela itu disandarkan kepada maksud asal maharajalela, iaitu menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja. | Tatabahasa | 03.12.2012 |