Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
Apakah yang dimaksudkan metafora? Boleh tak memberikan satu contoh? Adakah metafora bermaksud perbandingan antara dua perkataan seperti " takhta mulia" Ataupun perbandingan antara perbandingan dua perkara seperti: anakku, permata hatiku. Adakah anak diibaratkan dengan permata hati atau hati diibaratkan dengan permata. | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'. | Makna | 24.02.2014 |
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK. | Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar. | Tatabahasa | 19.10.2016 |
pertukaran atau penukaran ? | Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) menukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Makna | 03.02.2010 |
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih | 1.Sebagai kunyit dengan kapur. Takrif Mudah dan lekas mesra. 2. Seperti cincin dengan permata. Takrif Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). 3.Bagai hempedu lekat di hati. Takrif Perhubungan yang sangat akrab. 4.Bulan dipagar bintang. Takrif Cocok segala-galanya. | Makna | 08.09.2009 |
Apakah maksud bidalan 'antara intan dengan permata'? | Maksud bidalan tersebut ialah sesuatu yang menjadi keputusan/pilihan utama dalam membuat pilihan. | Lain-lain | 15.11.2010 |
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA" | Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih. | Makna | 15.05.2009 |
apakah makna "lazuardi" | Lazuardi memberikan dua definisi yang berbeza. Pertama, sj galian berwarna biru tua yang terdiri terutama drp lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi. T. kasih. | Makna | 12.07.2008 |
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada). | Makna | 29.07.2013 |
Assalam.Saya nak minta khidmat tuan/puan untuk semak bahasa ini. "Tema yang diaplikasikan pada konvokesyen kali ke-12 ini memberi penekanan terhadap aspek 'Kualiti Akademik'. Ia direalisasikan menerusi butiran permata yang melambangkan ciri-ciri akademik yang berkualiti tinggi. Justeru , ia menjadi nilai tambah yang amat berharga dari aspek pendidikan demi melahirkan pelajar serta insan yang cemerlang. Penekanan terhadap akademik yang berkualiti menjadikan UNISEL sebagai hub pendidikan tumpuan dunia yang begitu bernilai." | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 11.10.2017 |