Tuan, Adakah susunan ayat di bawah bagi penggunaan 'positif' betul? Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai virus hepatitis aktif dan memantau tahap virus semasa kajian jika anda positif Hepatitis B atau C. | Kedudukan perkataan positif dalam ayat “jika anda positif Hepatitis B atau C” betul. Namun begitu, ayat sebelumnya tidak jelas apa yang pihak tuan mahu sampaikan. 1"> | Tatabahasa | 04.10.2019 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim | 1. ... ialah maksimum ... 2. ... ialah minimum ... 3. ... ialah positif ... 4. ... ialah negatif ... 5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ... | Tatabahasa | 01.02.2012 |
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)? | Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau. | Lain-lain | 22.08.2007 |
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positif | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal. | Istilah | 05.05.2015 |
Salam sejahtera. Bolehkah ayat berikut diterima? 1. Hujan turun dengan lebatnya. 2. Dia memeluk ibunya dengan perasaan penuh kesyukuran. 3. Datuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. 4. Ana bangun dari katilnya lalu ternampak sebuah kotak kasut baharu. 5. Kita boleh membentuk perubahan positif dalam alam sekitar. | Ayat nombor 1 - 4 boleh diterima. Ayat nombor 5, sila betulkan: Kita boleh membentuk perubahan positif dalam menangani hal-hal berkaitan alam sekitar. | Tatabahasa | 19.02.2022 |
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih! | Golongan kata 1. optimis - kata adjektif dan kata nama 2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja 3. idealis - kata nama Ayat 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,Saya hendak bertanyakan soalan tentang kesalahan bahasa dalam ayat yang diberikan di bawah.Terima kasih Mereka mampu meninggi diri danmenunjukkan sikap dan sifat yang negatif.Sikap yang positif akan berinteraksi dengan konndusif apabila berkomunikasi dengan orang lain atau orang yang dekati kita.Hal ini secara tidak langsung akanmeninggalkan kesan seorang yang kaya gemar akan menunjukkan kemewahan diri untuk membiarkan mereka menaruh rasa iri hhati.Ketinggian orang tidak sanggup berganding bahu dengan jiran tetangga kita akibat perhubungan mereka menjadi teruk makin kronik.Sikap yang positif akan menunjukkan teladan baik kepada mereka seperti tahu akan mengambil kira orang lain,bersikap perasaan tidak berpuas hati terhadap orang lain.Malahan sikap yang negatif tidak mengambil kisah hidup orang lain walaupun orang itu ialah orang kemiskinan.Mereka tidak mempunyai hati kasih sayang,keprihatinan,bertolak ansur,berakhlak mulia,berhemah tinggi,saling menghormati dan lain-lain.Fikirlah,kalau kita bersikap begitu akan menyedihkan oranhg lain.Orang yang mementingkan diri akan menghadapi seribu dugaan dan kalangan dalam kkehidupan masyarakat. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: 1. Dari segi tatabahasa 2. Tanda baca 3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat 4. Kesalahan ejaan 5. Pemilihan perkataan yang tidak betul 6. Perkataan yang tidak mempunyai jarak Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan: Mereka yang meninggi diri ialah mereka yang mempunyai sikap dan sifat negatif. Mereka gemar menunjuk kemewahan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Mereka juga tidak mahu berganding bahu dengan jiran tetangga sehingga menyebabkan perhubungan baik tidak dapat dijalin. Selain itu, orang yang bersikap negatif tidak akan mengambil kisah akan hidup orang lain walaupun orang tersebut memerlukan bantuan. Mereka tidak mempunyai rasa kasih sayang dan hormat, keprihatinan, sikap tolak ansur dan berhemah dan juga akhlak mulia. Hal ini berbeza dengan orang yang bersikap positif kerana orang yang bersikap positif akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhemah. Sikap yang positif ini akan memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Kesimpulannya, sikap negatif perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam diri dan dalam kalangan masyaraat. | Tatabahasa | 08.07.2021 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Tema: i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan ● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?) Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut. | Tatabahasa | 30.01.2021 |
Saya memerlukan terjemahan untuk ayat ‘BREWING POSITIVITY’. Cadangan daripada saya, 1) Brulah baik 2) Bru benda baik 3) Bru baik-baik. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang bersesuaian bagi frasa “brewing positivity” ialah “membentuk sikap positif”, bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.02.2024 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |