Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya penggunaan kata "belayar" dan "berlayar" dalam ayat berikut adakah betul? Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan kapal berlayar kain putih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan menggunakan kapal yang berlayarkan kain putih.” i. belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. ii. berlayar bermaksud (berkenaan perahu, kapal dan sebagainya) menggunakan atau mempunyai layar. iii. berlayarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai layar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA? | Saudara Mohd. Iqbal, Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah". 2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu: i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.
| Tatabahasa | 19.03.2024 |