Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.cu] | رنچو

Definisi : tidak teratur, campur aduk, kacau (ba-hasa); merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan, mengacaukan; kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan: kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita ber­bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cu] | رنچو

Definisi : bercampur aduk; kacau (ttg bahasa). merancukan menjadikan rancu; mencampuradukkan. kerancu­an hal atau keadaan rancu: ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancu (adjektif)
Bersinonim dengan kacau, bercampur aduk, bercampur baur, bercelaru, cacamerba, kecoh, kelam-kabut, karau, tidak tentu arah, tidak tentu hala;,
Kata Terbitan : merancukan, kerancuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan, perlukah perkataan lama/kuno digunakan kembali umpamanya rancu, sedangkan perkataan itu jarang digunakan lagi dalam kalangan masyarakat.

Kata lama atau kuno dilabelkan sebagai 'ark' dalam Kamus Dewan. Kata rancu tidak dilabelkan sebagai 'ark', kata ini hanya jarang digunakan kerana kita lebih biasa menggunakan kata yang seerti dengan kata rancu, iaitu tidak teratur, campur aduk atau kacau. Tidak menjadi kesalahan untuk kita menggunakan kata lama asalkan bersesuaian maksud dengan konteks penggunaannya.

Tatabahasa03.10.2011
apakah maksud kerancuan bahasaMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan  bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.    Lain-lain20.03.2008
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa?Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.07.2007
salam, tuan apakah maksud perkataan keracuan bahasa?Tidak kata racu/keracuan, perkataan yang betul ialah kerancuan bermaksud keadaan rancu (tidak teratur dan sebagainya) dan kerancuan bahasa lazimnya dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Makna25.09.2011
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  2 perkataan. 

Jenis-jenis Metafora:

1. metafora implisit
 pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 
2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan
3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan  secara  tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan.
Sastera01.04.2012

Kembali ke atas