Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Bermaksud :

Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh.

2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah

3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.
Tatabahasa25.03.2013
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum.
2. Mentol itu sudah rosak.
3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak.
Tatabahasa29.08.2012
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
apakah beza maksud runtuh dan roboh?Kamus Dewan menakrifkan runtuh sama maksudnya dengan roboh, iaitu jatuh kerana rosak.Makna16.08.2011
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
Assalamulaikum tuan, Terdapat beberapa kekeliruan dalam saya menggunakan perkataan berikut: - Pembaikan atau Pembaikkan, Penyelenggaraan atau Penyenggaraan, dan Kerosakan atau Kerosakkan. Diharap tuan dapat menguraikan kekeliruan ini. Sekian , terima kasih.Pembaikan yang bermaksud perihal membaikkan atau membaiki; Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu; Kerosakan ialah perihal rosak atau kemusnahan.Ejaan05.05.2008
Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat.

Sdr. Thian,

Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan  bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan.

 

Tatabahasa27.09.2010
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
Penggunaan imbuhan meng--kan dan meng--i

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala meN-...-i menandakan lokatif. Contoh: Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ali dan Pak Osman menghadiahi Ali sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan  meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contoh: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa16.09.2011
1234

Kembali ke atas