| jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
| Adakah tanah runtuh merupakan kata majmuk? | "Tanah runtuh" ialah kata majmuk. Kata majmuk merupakan bentuk kata yang wujud, apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Makna kedua-dua perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: i. Tanah - permukaan bumi ii. Runtuh - jatuh atau roboh Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka wujudnya kata majmuk, "tanah runtuh", iaitu merujuk kepada fenomena geologi yang melibatkan tanah atau batuan runtuh dari cerun atau kawasan tinggi – satu makna yang khusus, berbeza daripada makna perkataan asal secara berasingan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 48 - 49. | Tatabahasa | 06.09.2025 |
| tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat | Tragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
| apakah beza maksud runtuh dan roboh? | Kamus Dewan menakrifkan runtuh sama maksudnya dengan roboh, iaitu jatuh kerana rosak. | Makna | 16.08.2011 |
| Apakah maksud harga runtuh? | Mengikut Kamus Dewan, harga runtuh ialah harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah untuk melariskan barang jualan dalam musim tertentu (biasanya musim perayaan). | Istilah | 13.04.2014 |
| Selamat pagi. Saya ingin tanya, sekiranya gambar menunjukkan jualan buku DBP yang mempunyai promosi hebat sehingga 50%, adakah peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup relevan dengan gambar tersebut? | Peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup boleh digunakan pada gambar menunjukkan jualan buku DBP kerana durian runtuh merujuk kepada mendapat keuntungan besar tanpa bersusah payah. Ini boleh merujuk kepada diskaun yang diberikan hingga 50 peratus manakala ilmu pelita hidup pula merujuk kepada ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang dan ini sesuai untuk menunjukkan jualan buku tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada pembeli dengan membeli buku-buku yang dijual. | Makna | 03.09.2016 |
| Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa? | Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
| Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. Kata pemeri harus diikuti dengan frasa nama. Ayat di atas dikatakan betul (daripada jawapan yang dijawab oleh pegawai DBP bagi pertanyaan pengguna lain pada 14.03.2018 di laman "khidmat nasihat". Adakah "berlaku banjir lumpur" merujuk kepada the ocurrence (noun in English) of mud flood , harus ditukarkan kepada "Antara kesan tanah runtuh ialah "kejadian" banjir lumpur. Biasanya, saya akan menulis "Antara kesan tanah runtuh ialah berlakunya banjir lumpur." untuk merujuk kepada maksud "the occurence of mud flood". Antara kebaikan melancong dalam negara ialah menggalakkan ekonomi negara. Adakah ayat ini juga harus diubah Bagaimanakah dengan ayat dalam "Istilah Bahasa Melayu - Kebaikan" - terpapar ayat "Antara kebaikan DTV ialah boleh dimampatkan dan mudah diedit. " Minta pencerahan. | Ayat “Antara kesan tanah runtuh adalah berlakunya banjir lumpur.” Dalam ayat ini, kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan lebih sesuai digunakan bagi menyampaikan makna yang dimaksudkan. Ayat “Melancong dalam negara dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.” diberikan sedikit penambahbaikan. Ayat yang sesuai ialah “Antara kebaikan DTV adalah boleh dimampatkan dan mudah diedit.” Untuk makluman, bukan semua ayat sesuai menggunakan kata pemeri, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. Penggunaan kata pemeri ada, kalanya membawa unsur lewah, contohnya "Permohonan ini adalah boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah." Ayat ini dicadangkan untuk digugurkan kata pemeri “adalah” kerana membawa unsur lewah. Ayat yang sesuai digunakan ialah "Permohonan ini boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah." Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 2015) halaman 263 - 265. | Tatabahasa | 24.07.2025 |
| penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua. | 1) Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan uzur adalah tua. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
| Bolehkah ditulis pantun seperti ini? (Dengan ditulis hurus besar pada setiap perkataan pertama) Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa; Sendi Bangsa Ialah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa. | Tanda baca yang digunakan dalam ejaan pantun tersebut adalah betul. | Ejaan | 27.09.2012 |