Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih. | 1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali. 2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih. | Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
1.____, kamu rupa-rupanya yang mengambil beg saya! 2._____, rupa-rupanya kamu yang mencuri pen saya! Apakah kata seru yang paling sesuai untuk ayat-ayat ini? | Kata seru yang sesuai digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut ialah oh. | Tatabahasa | 24.08.2013 |
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya. | Tatabahasa | 15.10.2011 |