Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyemak sekiranya perkataan "PENGKOMERSIALAN" telah didaftar dan sah laku di dalam pekeliling?Perkataan pengkomersialan boleh digunakan, iaitu proses atau usaha mengkomersialkan sesuatu.Tatabahasa30.03.2010
1. Saya adalah Setiausaha PIBG yang baru. Pada mesyuarat kali pertama yang lalu saya telah ditanya tentang minit mesyuarat AJK PIBG. Soalan saya, adakah perlu diedarkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan kerana mesyuarat baru-baru ini adalah yang kali pertama. 2. Adakah sah laku sesuatu pekeliling kementerian yang tidak ditandatangani tetapi hanya terdapat nama sahaja.

Minit mesyuarat hendaklah diedarkan pada setiap kali mesyuarat tersebut diadakan walaupun saudara/ saudari setiausaha yang baru. Soalan ke-2, tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Harap maklum.

Tatabahasa26.07.2008
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010

Kembali ke atas