Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama (berjalan, ber-gerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg ditinggalkan dahulu; bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; bersaingan bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menjadi kawan; teman: Wahi memang ~ saya yg baik. bersaing 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. menyaingi mengikut serta; mengiringi: Ketika sam­pai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan.Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing".Tatabahasa20.07.2015
1. Dinamik dan Kompetitif 2. Dinamik dan Berdaya Saing 3. Dinamik Memacu Keunggulan yang Kompetitif 4. Dinamik Memacu Keunggulan yang Berdaya Saing Antara no. 1 dengan 2 yang mana lebih tepat dan sesuai. Antara no. 3 dengan 4 yang mana lebih tepat dan sesuai. Terima kasih.Kesemua ayat di atas adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan yang sesuai dan tepat perlulah dilihat dari segi konsep penulisan puan.Istilah12.10.2019
Kita perlu meningkatkan daya saingan rakyat kita di era globalisasi. Adakah ayat di atas betul? Kawan saya betulkannya kepada ayat di bawah: Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi. Soalan saya pula: 1) Kenapa tidak perlu menggunakan imbuhan Me- di depan tingkatkan? 2) Kenapa tidak tambahkan terbitan -an di belakang saing? Dia tidak dapat jawab soalan saya, oleh itu saya tulis di sini supaya pakar bahasa DBP dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Kita perlu meningkatkan daya saing rakyat kita pada era  globalisasi.

2.    2. Daya saing rakyat kita pada era globalisasi perlu kita tingkatkan (Ayat pasif)

3.    3. Perlu kita tingkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi (Ayat pasif songsang)

 

Oleh itu, ayat Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi tidak gramatis untuk digunakan.

Tatabahasa08.04.2021
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum iniSekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.Istilah27.11.2015
Assalamuaikum, saya ingin bertanyakan tentang contoh atau perkatan kata - kata serapan kata saing dalam bahasa Melayu dan cara untuk menganalisi keutuhan wacana dalam sesebuah teks.

Saudara,

Kata serapan atau kata asing dalam bahasa Melayu antaranya ialah auditorium, teknoligi, prosedur, proses dll. Untuk jawapan bagi  soalan kedua sila hubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa atau e-mel hafizah@dbp.gov.my 

Lain-lain18.09.2010
1. dayasaing 2. kearah No. 1 & 2 - adakah 1 perkataan atau 2 perkataan?Ejaan yang betul ialah daya saing dan ke arah. Puan boleh merujuk laman prpm.dbp.gov.my untuk carian ejaan dan makna.Ejaan12.03.2019
Tuan/ Puan Saya ingin bertanya adakah "competitive" boleh juga diterjemahkan sebagai persaingan? Terima kasihDalam bidang peristilahan competitive diterjemahkan kepada saing, saingan dan persaingan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=competitive.Istilah20.07.2015
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing.

Ayat yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Oleh sebab itu,  saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing.i>

Istilah10.09.2014
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
Tatabahasa23.06.2025
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. Tatabahasa07.09.2011
12

Kembali ke atas