| Salam sejahtera tuan/puan, Izinkan saya bertanya, apakah kegunaan yang betul untuk perkataan kain sarung atau kain sarong? Adakah saya patut guna kain sarung atau kain sarong dalam ayat yang penuh? Bolehkah tuan/puan memberi tunjuk ajar untuk penggunaan yang lebih mendalam untuk kain sarung atau kain sarong? Terima kasih atas nasihat tuan/puan. | Ejaan yang betul ialah kain sarung. | Ejaan | 20.05.2021 |
| Apa terjemahan untuk "phone case"? Sarung telefon? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi “phone case” ialah “sarung telefon”. Walau bagaimanapun, penggunaan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat dan bidang yang dimaksudkan. | Makna | 18.10.2024 |
| Salam sejahtera Tuan, izinkan saya bertanya, adakah penggunaan kain "sarung" betul ataupun kain "sarong"? Yang manakah perkataan yang betul? | Perkataan yang betul ialah "kain sarung". | Makna | 29.06.2022 |
| Apakah terjemahan untuk 'plastic sleeve'? Contoh kegunaannya: Kertas diletakkan di dlm plastic sleeve utk melindunginya daripada terkena air dsb. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah plastic sleeve. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sleeve ialah sarung. Cadangan kami ialah sarung plastik jika bersesuaian dengan konsep produk tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2015 |
| Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |
| Saya memastikan pergunaan bahasa yang betul pada ayat dibawah Sarung tangan lateks getah asli • Panjang tambahan 250 mm/9.8" Warna semula jadi • Ambidekstrus • Permukaan licin Bebas serbuk • Bebas tiazol dan tiuram • Perlindungan uniSHIELD™ Untuk kegunaan makmal, industri dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan terhadap bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks getah asli, boleh menyebabkan tindak balas alahan. ayat asal dalam bahasa English. untuk memastikan pengguaan ayat yang betul. Diharapkan pihak tuan puan dapat mengesahkan ayat diatas betul penggunaanya Ayat asal: Natural Rubber Latex Gloves • Extra Long 250 mm/9.8" de Natural Color • Ambidextrous • Smooth Finish Powder-free • Thiazoles/Thiurams-free • uniSHIELD™ Protection For laboratory, industrial and medical examination use. Protection against chemicals, micro-organisms and viruses. Contains natural rubber latex, may cause allergic reaction | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i. Sarung Tangan Lateks atau Sarung Tangan Getah Asli ii. Lebih Panjang 250 mm/9.8 inci dan Warna Semula Jadi iii. Ambidekstrus iv. Kemasan Licin v. Tanpa Tiuram/Tiazola vi. Perlindungan uniSHIELD™ untuk kegunaan makmal, perindustrian dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan daripada bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks, boleh menyebabkan tindak balas alahan. Jika ini ayat iklan, sila pisahkan perkataan cap dagang ™ dengan ayat lain. | Makna | 14.07.2026 |
| As Salam / Salam sejahtera Soalan : Kayu ______________ itu sangat sesuai dibuat sarung parang. A. jati B. kemuning C. merbau D. teja Terima kasih atas kerjasama | Tiada maklumat berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun dalam carian maklumat melalui internet di bawah tajuk "Guru parang dan pisau pada hujung minggu"(BH Online) ada menyatakan Kayu Kemuning sesuai untuk dibuat sarung parang. | Lain-lain | 30.05.2018 |
| Salam, yang manakah frasa yang betul di bawah ini: 1) anyam ketupat 2) anyam kelongsong ketupat Jika difikirkan logik, kita menganyam sarung (kelongsong) ketupat, kemudian barulah dibubuh isi di dalamnya. Tetapi anyam ketupat lebih kerap digunakan dalam masyarakat. Jadi, yang manakah betul? Terima kasih. | Frasa menganyam ketupat yang menunjukkan perbuatan menyediakan sarung atau kelongsong ketupat boleh digunakan dan sudah gramatis. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
| 1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih. | Kesemua contoh ayat adalah betul. Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan. | Tatabahasa | 16.02.2017 |
| Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasih | Untuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 17.04.2013 |