Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~Athirah | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2023 |
Selamat pagi, Saya ingin menanya bahawa perbezaan antara "berenda" dengan "beropol".Adakah perkataan "beropol" sesuai digunakan semasa menggambarkan hasil karya kain yang menpunyai renda di tepi? Seperti sarung bantal beropol. Sekian terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ropol bermaksud kelim yang berkedut-kedut (pada bantal, baju, dll); manakala renda sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju (bantal dll). | Tatabahasa | 02.10.2013 |