Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia] | سديا

Definisi : 1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah, dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; ke­gemar-annya tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela (mahu), sudi: Amerika ~ mengi­rimkan rombongan itu pd bila-bila masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang; sedianya sememangnya, sebetulnya, se­patutnya, jangkanya: ~ hamba hendak ke rumah Tuan; bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong; menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ panca­persada; 3. mencukupkan (wang dll): ~ wang utk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, me­nyusun: wakil itu ~ kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan; tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks; kesediaan perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; persediaan 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia] | سديا

Definisi : 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang se­la­lu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 ber­siap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. ke­sediaan hal atau keadaan sedia; ke­­­sang­­gupan: ~ tuan utk membantu sangat­lah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Laksana barang derham,
     sedia ada suratan Istanbul.

Bermaksud :

Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang contoh ayat: Sportify is ready. Apakah terjemahan yang tepat (dan pendek) untuk "is ready" ? Dalam konteks ini, ia bermaksud Sportify telah dimuat turun dan sedia untuk digunakan. Terjemahan sedia ada ialah "Sportify sedia". Bolehkan pihak tuan sahkan bahawa terjemahan ini salah dan tidak lengkap? Dan kami berharap agar pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang paling tepat. Terima kasih.Cadangan terjemahan untuk Sportify is ready ialah Sportify sedia digunakan. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2017
Seperti yang sedia kita maklum atau seperti yang kita sedia maklumYang betul ialah seperti yang kita sedia maklumLain-lain21.06.2014
Adakah perkataan ini sesuai untuk maksud yang saya kehendaki, sebagaimana dlam bahasa inggeris : "sedia (prepare) atau siapsiaga (ready)" atau pihak tuan ada cadangan lain? Bolehkan saya tahu maksud sebenar dan contoh penggunaan perkataan "sedia" dan "siapsiaga"?Mengikut Kamus Dewan, prepare dan ready membawa maksud yang sama iaitu siap, sedia.  


Siap bermaksud sudah sedia atau selesai. Manakala,  siap siaga maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2015
Saya sedia maklum dengan perkara tersebut. Namun begitu, tujuan saya mendapatkan kepastian lanjut adalah kerana terdapat pemajuan terdahulu yang masih menggunakan nama individu atau komersial, contohnya Ryan Service Apartment. Sehubungan itu, saya ingin memahami dengan lebih jelas asas atau garis panduan semasa yang menyebabkan nama yang dicadangkan kini tidak boleh dipertimbangkan, sama ada disebabkan oleh: perubahan dasar atau polisi penamaan terkini, klasifikasi nama (nama individu / komersial / istilah umum) Penjelasan lanjut ini amat membantu pihak kami untuk menyesuaikan cadangan nama agar selaras dengan keperluan semasa, sekali gus mengelakkan sebarang isu pada peringkat kelulusan seterusnya. Terima kasih. Sharmeela

Untuk maklumat lanjut berkaitan penamaan bangunan/pembangunan/taman/jalan, pihak puan boleh merujuk Garis Panduan Umum Menamai Bangunan/Pembangunan seperti yang dilampirkan dan Buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang boleh didapati di Kedai Buku DBP atau secara dalam talian melalui dbpniaga.my. Pihak puan juga boleh berhubung terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan untuk perbincangan lanjut.

Lain-lain05.01.2026
Saya sedia maklum bahawa perkataan Graduat dan Graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun begitu, saya ingin mengetahui apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian?Perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian ialah “Majlis Penyampaian Ijazah” atau “Majlis Penganugerahan Ijazah”.Tatabahasa21.09.2022
Saya sedia maklum bahawa singkatan bagi unit minit boleh juga ditulis sebagai min. Cuma ingin kepastian, perlu rapatkan dengan nombor atau tidak? Contoh: 5min / 5 min Yang mana paling tepat?Jawapan yang betul ialah  5 minit perlu dijarakkan.Ejaan14.04.2022
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana
Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 

1. Saya pun tak tahu,  "sebab/tujuan" saya datang. Betul

2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul

Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya  sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan.

3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul

Sama seperti ayat 2.

4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul

Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan.
Tatabahasa25.03.2021
Saya sedia maklum bahawa imbuhan apitan memper...kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Bagaimana saya boleh memperbetul ayat ini? ...memperkukuh budaya Malaysia di samping memperkayakannya lagi.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. Tatabahasa07.04.2020
Seperti sedia maklum, kata bahasa Inggeris "repertoremic" tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM (sekalipun sebagai lema dalam kamus bahasa Inggeris) tetapi kata ini wujud hendak dieja dalam bentuk transliterasi bahasa Melayu (bukan dipinjam terus dan dicondongkan). Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, adakah betul bentuk ejaan bakunya "repertoremik"?Mengikut kaedah penyesuaian ejaan, repertoremik boleh diterima sebagai padanan repertoremic dalam bahasa Melayu.Ejaan13.06.2013
salam..saya sedia maklum bahawa pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penterjemahan buku cerita?Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, jika tuan memerlukan khidmat tersebut sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506/2806 atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) di Wangsa Maju.Lain-lain15.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas