Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)sedia ada 2)semula jadi1)sedia ada 2)semula jadiEjaan29.11.2011
Salam hormat, Mohon pengesahan bagi perkataan 1) PENDOKUMENTASIAN dan 2) SEDIADA/SEDIA ADA? Terima kasih.Pendokumentasian ialah usaha (kegiatan, proses, dsb) atau mendokumentasikan sesuatu. Ejaan yang betul ialah sedia ada. Terima kasih. Lain-lain23.10.2008
Bolehkah kata sendi "untuk" digunakan pada awal ayat. Sebagai contoh "Untuk memberikan pelanggan servis yang baik, kami mengemaskini system sedia ada". Sekian, terima kasihKata sendi nama "untuk" hadir pada pangkal ayat dalam ayat songsang. Ayat biasa, Kami mengemas kini sistem yang sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Ayat songsang, Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami mengemas kini sistem yang sedia ada.Tatabahasa01.08.2016
Sekiranya saya ingin membeli buku aktiviti pendidikan khas masalah pembelajaran kerana ada masalah kekurangan buku apabila murid baru tiba-tiba masuk ke kelas pendidikan khas sedangkan buku sedia ada hanya mencukupi untuk murid sedia ada atas kekangan mengikut enrolmen murid ketika order dibuat melalui spbt pendidikan khas sekolah.Di mana saya boleh membelinya secara terus?Terima kasih.Salam tuan yang budiman,

Untuk makluman tuan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:
•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598
•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)
•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358
•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569
•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092
atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.

Lain-lain30.07.2025
Bagaimana sesuatu perkataan dan definisinya dipilih untuk disenaraikan dalam Kamus Dewan? Sekiranya terdapat kesalahan definisi atau sesuatu perkataan tidak lagi digunakan oleh pakar dalam sesuatu bidang, apakah cara untuk menambahbaik defini perkataan yang sedia ada?Sekiranya Saudara ingin menambah baik definisi perkataan sedia ada dalam Kamus Dewan, Saudara boleh melayari laman Gerbang Kata DBP (ekamus.dbp.gov.my). Gerbang Kata DBP ialah portal yang menyediakan kemudahan kepada pelaayar internet untuk memberikan maklum balas serta masukan tambahan kepada Kamus Dewan.Lain-lain08.09.2015
Frasa “Isi Kemeriahan” merupakan kesinambungan daripada kempen sedia ada yang menggunakan struktur “Isi + kata nama” seperti Isi Minyak dan Isi Ganjaran. Dalam kempen ini, ia digunakan secara metafora untuk menggambarkan pengisian pengalaman perayaan yang meriah dan mudah difahami oleh khalayak. Penggunaan frasa ini mengekalkan konsistensi bahasa dan identiti kempen tanpa menjejaskan kejelasan mesej.

Frasa “Isi Kemeriahan” tidak sesuai digunakan dalam konteks kandungan iklan tersebut. Perkataan “isi” bermaksud kandungan, manakala “kemeriahan” membawa maksud perihal sesuatu yang meriah. Perkataan “kemeriahan” apabila digandingkan dengan kata kerja “isi” tidak sesuai dan tiada makna yang boleh dikaitkan dengan konteks iklan tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan tuan/puan untuk menggunakan frasa lain yang lebih jelas maknanya, seperti “Nikmati Kemeriahan” atau “Alami Kemeriahan”. Kami mencadangkan pembetulan, seperti yang berikut:

“Nikmati kemeriahan, ini barulah Mesra!”

“Alami kemeriahan, inilah dikatakan Mesra!”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 842 dan 1455.

Lain-lain15.12.2025
Apa terjemahan rooftop garden?Rooftop-istilah yang sedia ada bumbungan atau ruftop
Garden-taman

Cadangan:
taman bumbungan
Istilah17.10.2022
ejaan betul sediadaEjaan yang betul ialah sedia ada.Ejaan22.04.2015
Melalui semakan kami, padanan bagi “saponification value” ialah “nilai penyabunan” dan “unsaponifiable matter” pula ialah “jirim tak tersabun”. Walau bagaimanapun, kami bercadang untuk mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan di bawah ini untuk “saponification value” sebagai “nilai saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “jirim tidak saponifikasi”. Ini kerana kami juga mendapati terdapat padanan bagi “saponification” sebagai “saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “bahan tak saponifikasi”. Bolehkah kami mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang lebih wajar. 180. (2) Dripping— (a) shall have— (iii) a saponification value of from 190 to 202 milligrams potassium hydroxide per gram; (b) shall not contain more than 12 g/kg of unsaponifiable matter 180. (2) Dripping— (a) hendaklah mempunyai— (iii) nilai saponifikasi daripada 190 hingga 202 miligram kalium hidroksida setiap gram; (b) tidak boleh mengandungi lebih daripada 12 g/kg jirim tidak saponifikasi.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

saponification value - nilai penyabunan; nilai saponifikasi
unsaponifiable matter - jirim tak tersabun; jirim tak saponifikasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa01.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas