Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet

a.  Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu".

b. Sediakala

b. Internet

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Tatabahasa27.06.2008
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang ruangan Arkib Soalan di laman DBP http://prpm.dbp.gov.my/ Sekiranya berlaku perubahan/kemas kini pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata/istilah ? Berapa lama perkhidmatan tersebut akan pulih spt sedia kala ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, Arkib KNDBP masih dalam proses penyemakan, namun pengguna sudah boleh melihat paparannya di laman web kami.Lain-lain03.02.2012
Assalamualaikum tuan. Saya berhasrat dan bercita-cita untuk menghasilkan penulisan karya sendiri. Namun begitu, pendekatan saya ialah ingin menggunakan tulisan jawi secara total dalam karya dan terbitan saya. Hasratnya mudah, saya ingin mempelbagaikan bahan bacaan jawi dan tidak terhad kepada penulisan kitab agama sahaja. Buku buku berkaitan travelog, pemikiran, idea, fiksyen, komik dan buku-buku moden. Selain itu, hasrat saya, melalui pembacaan buku yang menarik seperti ini, masyarakat akan terdedah dengan daftar kata jawi yang luas dan juga bahasa moden yang kadang kala susah dieja dalam jawi. Kerisauan ini berlaku kerana sepanjang lawatan saya ke kedai buku, terdapat seksyen khas untuk buku mandarin, karya mandarin. Bagi saya, sekiranya karya jawi moden diperbanyakkan, sudah pasti masyarakat tidak rasa asing lagi warisan ini. Pendeknya, sekiranya saya diberikan kemudahan suatu hari nanti untuk menerbitkan buku tersebut, adakah pihak DBP sedia untuk memberi khidmat semak karya jawi saya, untuk menjamin ketulenan tulisan jawi. Dan soalan tambahan, bagaimana saya ingin mendapat kursus panduan penulisan jawi. Sekian, terima kasih. Salam hormat.Salam tuan budiman,

Tahniah dan terima kasih atas hasrat untuk menghasilkan karya sendiri, sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan maklumat untuk penghantaran manuskrip ke DBP untuk makluman selanjutnya.

PENGHANTARAN MANSUKRIP

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan dengan Kursus Panduan Penulisan Jawi, pihak tuan bolehlah mendapatkan maklumat senarai Kursus Akademi DBP 2020 melalui:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/
Nombor telefon: 03-2147 0220/0230
Faksimile: 03-2147-0231

Lain-lain04.01.2020

Kembali ke atas