Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon jelaskan berkenaan penggunaan 'kan' selepas sesuatu kata kerja contohnya: menyedia/menyediakan; mengada/mengadakan; melaksana/melaksanakan. Pada perkataaan yang bagaimana perkataan 'kan' tidak boleh digunakan?

Saudara Norzila,

Perkataan yang betul ialah menyediakan, mengadakan dan melaksanakan.  Kata kerja sedia, ada dan laksana yang terbentuk dengan apitan meN...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Pada kebiasaannyan kata kerja transitif mendapat apitan men...kan. Walau bagaimanpun bukan semua kata kerja transitif mengandungi ...kan. Ini bergantung pada penggunaan kata tersebut dalam konteks ayat yang melibatkan objek, sama ada objek tepat atau objek sipi. Contohnya, Hasnah membeli sebuah buku untuk Ali; Kakak menjahit sehelai baju untuk adik.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 190-197.  

Tatabahasa09.07.2009
Saya sedia maklum bahawa imbuhan apitan memper...kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Bagaimana saya boleh memperbetul ayat ini? ...memperkukuh budaya Malaysia di samping memperkayakannya lagi.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. Tatabahasa07.04.2020
Assalamualaikum. Saya cari perkataan bersiap-sedialah dalam PRPM tetapi tiada. Soalan saya ialah, kalau bersiap sedia tiada sempang (-), kenapa bersiap-sedialah ada sempang? Apakah ejaan yang tepat? bersiap-sedialah ATAU bersiapsedialah ATAU bersiap sedialah. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Ejaan yang betul ialah siap sedia, apabila menerima awalan (ber) menjadi bersiap sedia, manakala perkataan bersiap sedialah tetap dieja dua perkataan kerana 'lah' adalah kata penegas dan bukan apitan (seperti ber-...-kan).Ejaan04.05.2011
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
Imbuhan dalam ayat aktif yang melibatkan penggunaan kata "beri" sedia maklum seperti yang berikut: Ayah memberikan hadiah itu kepada ibu. Ayah memberi ibu hadiah itu. Dalam ayat ini, imbuhan yang betul adalah jelas. Penentuannya juga mudah, iaitu berdasarkan kedudukan subjek dan objek dalam ayat. Bagaimanakah pula jika ayat pasif dibina dengan kata tersebut? Contoh: 1. Pelajar itu perlu diberi/diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya. 2. Kambing itu sedang diberi/diberikan makan oleh tuannya. 3. Maklumat itu diberi/diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 4. Ahmad diberi/diberikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya. Apakah panduan yang dapat digunakan bagi menentukan imbuhan yang gramatis dalam konteks ini pula? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad Tarikh: 30.1.13Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 201, jelas menyatakan bahawa apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Ayat yang betul ialah:
1. Pelajar itu perlu diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya.
2. Kambing itu sedang diberikan makanan oleh tuannya.
3. Maklumat itu diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 
4. Ahmad diberikan hadiah oleh ayah sempena ulang tahun kelahirannya.
Tatabahasa30.01.2013
Asssalamualikum, Kami ingin bertanyakan tatacara penggunan tulisan Jawi didalam papan iklan yang akan dipaparkan Shopping center Gateway di KLIA2 Sepang. Pilak client kami menetapkan untuk menulis perkataan Let's Explore dalam tulisan jawi bagi mempromosi kan tulisan jawi. Tujuan iklan ini adalah bagi menarik orang ramai melancong ke Negeri kelantan Pertanyaan kami, adakah menulis jawi dalam english menyalahi peraturan sedia ada PBT di selangor atau peraturan yang ditetapkan MAIS / DBP atau dibenarkan? Harap pihak tuan, puan dapat membantu kami.Perkataan asing sekiranya hendak dikekalkan, mestilah disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu. Tiada halangan untuk menggunakan slogan "Let's Explore" namun terjemahan dalam bahasa Melayu "Jom Teroka" perlu disertakan dan saiz perkataan dalam bahasa Melayu adalah lebih besar dan jelas.Lain-lain13.07.2020
Dalam kamus DBP "faham" dan "fikir" dimasukkan sebagai entri di bawah "faham: fikir". tetapi apabila mendapat imbuhan "faham" menjadi "memahami" dan "fikir" menjadi "memikirkan" seolah-olah daripada kata "paham" dan "pikir". Mengapakah /f/ itu tidak digantikan dengan /p/ sahaja? Mengapakah ini dijadikan satu kekecualian sedang kedua-dua kata sudah mantap dalam bahasa Melayu?Rumus tatabahasa, kata dasar yang bermula dengan huruf f akan megalami pengguguran huruf pertama (f) dan digantikan dengan huruf m apabila menerima apitan me-...-i, me-...-kan, me-...-an. Hal kekecualian juga ditetapkan oleh penyusun buku tatabahasa kerana penggunaan yang sedia ada telah diterima dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa25.07.2012

Kembali ke atas