Seperti yang sedia kita maklum atau seperti yang kita sedia maklum | Yang betul ialah seperti yang kita sedia maklum | Lain-lain | 21.06.2014 |
yang mana satu betul 1) sama ada atau samada 2) sedia maklum atau sediamaklum | Ejaan yang betul ialah sama ada dan sedia maklum. Harap maklum. | Ejaan | 02.07.2008 |
Apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut: "Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai Jun depan." | Ayat yang betul ialah: Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai bulan Jun. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan. | Penggunaan yang betul ialah: 1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri. 2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing. 3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Assalamualaikum. Kita sedia maklum bahawa penggunaan kata pemeri adalah hanya boleh hadir di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif. Sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang menulis sebegini; 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebh baik. Seandainya ayat ini salah dari sudut tatabahasanya, apa penjelasan yang sesuai dilakukan agar pengguna bahawa benar-benar faham tentang kata pemerij dan bagaimanakah ayat yang betul? | Seperti yang tuan sedia maklum ayat 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebih baik’ salah kerana kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 263-265 dan 494-496 untuk penjelasan lanjut. Berikut cadangan ayat yang dibina untuk menggantikan ayat yang salah di atas. 1. Amalan kitar semula dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik. 2. Antara kebaikan amalan kitar semula termasuklah mewujudkan persekitaran yang lebih baik. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
Saya sedia maklum bahawa perkataan Graduat dan Graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun begitu, saya ingin mengetahui apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian? | Perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian ialah “Majlis Penyampaian Ijazah” atau “Majlis Penganugerahan Ijazah”. | Tatabahasa | 21.09.2022 |
Saya sedia maklum bahawa singkatan bagi unit minit boleh juga ditulis sebagai min. Cuma ingin kepastian, perlu rapatkan dengan nombor atau tidak? Contoh: 5min / 5 min Yang mana paling tepat? | Jawapan yang betul ialah 5 minit perlu dijarakkan. | Ejaan | 14.04.2022 |
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana | Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 1. Saya pun tak tahu, "sebab/tujuan" saya datang. Betul 2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan. 3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul Sama seperti ayat 2. 4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan. | Tatabahasa | 25.03.2021 |
Saya sedia maklum bahawa imbuhan apitan memper...kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Bagaimana saya boleh memperbetul ayat ini? ...memperkukuh budaya Malaysia di samping memperkayakannya lagi. | Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. | Tatabahasa | 07.04.2020 |
Seperti sedia maklum, kata bahasa Inggeris "repertoremic" tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM (sekalipun sebagai lema dalam kamus bahasa Inggeris) tetapi kata ini wujud hendak dieja dalam bentuk transliterasi bahasa Melayu (bukan dipinjam terus dan dicondongkan). Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, adakah betul bentuk ejaan bakunya "repertoremik"? | Mengikut kaedah penyesuaian ejaan, repertoremik boleh diterima sebagai padanan repertoremic dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 13.06.2013 |