Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (ting­kat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya se­karang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajar (kata nama)
Bersinonim dengan bandar, deret, baris, leret, derek, nirai, jejer;,
Kata Terbitan : sejajar, menjajarkan, penjajaran, berjajaran, jajaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara selari dan bersiri?Selari ialah sama hala, arah; sejajar. Bersiri ialah rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku,dll) yang dikeluarkan (disiarkan) berturut-turut.Makna22.02.2008
apakah perbezaan antara selari dengan bersiri?Selari bermakna sama hala, arah atau sejajar; bersiri bermakna rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku, dll) yang dikeluarkan *disiarkan) bertuurt - turut.Makna22.02.2008
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasihCadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit.Lain-lain26.02.2008

Kembali ke atas