Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (bkn bahan makanan dsb): kesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dgn ikan segar biasa; sperma ~; menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dsb) sejuk beku: peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah; penyejukbekuan proses (perbuatan, tin­dakan dsb) menyejukbekukan: buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan; pektin di­gunakan utk mengawal saiz hablur ais yg terbentuk semasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (proses) disimpan dlm ke­adaan yg sangat sejuk hingga men­jadi beku supaya tahan lama (bkn bahan makanan dsb): Bahan ma­kan­­an itu di­han­tar dlm keadaan ~. menyejukbekukan menyimpan bahan makanan dsb dlm keadaan sejuk beku supaya ta­han lama: Bahan makanan itu disejuk­bekukan sebelum dihantar ke sana. penyejukbekuan proses atau per­buatan menyejukbekukan: ~ dpt men­­- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : jadikan daging itu tahan lama. pe­nye­juk beku bahan yg digunakan utk menyejukbekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wan Cold StoragePerniagaan Sejuk Beku WanLain-lain14.07.2008
Apakah maksud Hard Freeze?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sejuk beku lampau.Istilah16.08.2016
Boleh terjemahkan perkataan di bawah: extender for freezing media for spermIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengekal media sejuk beku untuk sperma.Istilah16.04.2012
Apa kah ejaan untuk perkataan saperti dibawah; 1. Nuget 2. Bebola Ikan 3. Kek Ikan 4. Bebola Daging 5. Bebola Ayam 6. Makanan Sejuk Beku terima kasih, Yusof Muhamd usofmad@gmail.comEjaan yang dinyatakan dari nombor 1 hingga 6, betul.Ejaan15.05.2014
Salam sejehtera. A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian. B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini. C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu. D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan. Mohon pandangan tuan, ayat yang mana betul ? Terima kasih.

Salam Sejahtera,
Ayat yang betul ialah ayat D, walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah makanan sejuk beku. Ayat A ( pembetulan- mengurniakan sebentuk pingat); Ayat B ( pembetulan- menghidangi kami) ; Ayat C (pembetulan – saling membantu).

 

Tatabahasa24.07.2018
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyakAntara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
Tatabahasa21.07.2012

Kembali ke atas