Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,

Puisi
 

Layang-layang menyambar duri,
     Hinggap sekejap di kayu jati;
Kasih sayang datang ke mari,
     Abang sudah sedia menanti.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari

(i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

(ii)  Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi.

Tatabahasa26.07.2010
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series'

Encik Mohamad Faris,

Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas  Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah,  appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada;

 

Makna05.07.2010
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Salam tuan, hari ini dalam siaran Harian Metro bertarikh 4 Disember 2014, sila rujuk gambar yang disertakan. Adakah sekejab atau sekejap? Mohon pencerahan. Terima kasih.Salam, ejaan yang betul ialah sekejap. Kami akan semak akhbar tersebut. Terima kasih atas maklumat daripada pihak tuan.Ejaan14.01.2015
Saya petik ayat ini dari Utusan Online. "...jauh meninggalkan pencabar 'sekejab mahu bertanding sekejab tidak' iaitu..." Setahu saya ejaan yang betul ialah sekejap, bukannya sekejab. Mohon penjelasan.Ejaan yang betul ialah sekejap, tidak ada ejaan sekejab (kejab) dalam sumber rujukan kami.Ejaan17.11.2010
Hai, boleh tanya sekejap, apakah penterjemahan yang paling sesuai untuk "Video Streamer"? Boleh tak gunakan "Penstrimer Video"?Padanan istilah yang sesuai untuk pertanyaan tersebut ialah PENSTRIM VIDEOIstilah04.01.2018
salam. apakah beza sebentar dengan sejurus ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar dan sejurus mempunyai maksud yang sama, iaitu sebentar, sejurus, sekejap, sejenak, tidak lama. Penggunaannya dalam ayat adalah bergantung pada konteks dan situasi.

Lain-lain02.02.2010
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan.1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). Tatabahasa17.09.2010
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution))Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akan X dan suka akan Y.Tatabahasa24.02.2014
12

Kembali ke atas