Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 31.05.2011 |
wajahnya nampak________kerana kurang tidur selama berapa hari. a) muram b) tegang c) murung d)cengkung | Saudara, Ayat yang betul ialah : Wajahnya nampak cengkung kerana kurang tidur selama beberapa hari. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini? | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:) | Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. yang manakah kesalahan tatabahasanya? "susah senangnya" atau "memperlihatkan"? jika salah, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan. terima kasih. | susah senang dan memperlihatkan, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat ini cuma dibuang "nya" pada susahsenangnya. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |
Manakah struktur ayat yang betul? a) Bas A mengambil 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. dan a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? b) Antara berikut, yang manakah benar.... ...? Terima kasih. | Ayat yang betul: b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? | Tatabahasa | 25.04.2011 |
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut? | Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Sesetengah harta benda yang dikumpulnya selama ini musnah dalam kebakaran itu. (Adakah sesetengah boleh digunakan untuk benda?) Kalau tidak, tolong betulkan ayat di atas. Ada guru bahasa Malaysia di sekolah saya mengatakan bahawa sesetengah boleh digunakan untuk manusia. Setelah saya rujuk Kamus Dewan, ayat dalam Kamus Dewan menunjukkan sesetengah digunakan untuk manusia. Ayat di atas merupakan soalan ujian pertengahan tahun bahasa Malaysia. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sesetengah bermaksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah. Oleh itu, sesetengah boleh digunakan untuk benda dan manusia. Sesetengah dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud "sebahagian daripada". | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Kami mengambil masa ( 2 jam / selama 2 jam ) untuk sampai ke destinasi. | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 30.09.2010 |