m r dpur timur selera timur, selera kita | Pertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 24.01.2012 |
SELERA DI TAIPAN SELERA @ TAIPAN | Sila nyatakan soalan atau maklumat yang jelas. Frasa yang betul ialah SELERA DI TAIPAN | Lain-lain | 20.12.2017 |
Yang manakah betul? berjamu selera atau menjamu selera? | Frasa yang betul ialah "menjamu selera". | Tatabahasa | 09.06.2015 |
ayat perintah yang manakah yang tepat? 1. Sila jamu selera. atau 2. Sila menjamu selera. | Lazimnya frasa "sila menjamu selera" yang digunakan. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Ayat Saya mencadangkan kita supaya menjamu selera. Betul atau Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. Ayat yang mana satu betul? | Ayat yang lebih baik ialah : Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Saya telah menghantar permohonan no rekod 17415/2015 atas nama iklan Rasa Johor bagi kedai saya di Medan Selera. Nama itu telah tidak diluluskan dan nama gantian iaitu Makanan Johor tidak boleh digunakan kerana terlalu panjang. Buat makluman, pada asalnya saya ingin meletakkan nama Selera Johor tetapi tidak dapat digunakan kerana terlalu panjang. Di Medan Selera ruagan iklan sangat terhad. Seperti nama restoran terkenal, Rasa Utara, saya harap nama Rasa Johor diterima. Kami juga telah labur dalam membuat iklan itu. Saya harap pemohonan ini dipertimbangkan semula. Sila maklumkan dengan siapa saya harus berjumpa untuk selesaikan masalah ini kerana saya perlu dapatkan lesen niaga dari MBSA segera. | Sila kemukakan semula permohonan saudara melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan tekan butang kemas kini. Nyatakan alasan tuan untuk mengekalkan nama tersebut. | Lain-lain | 12.05.2015 |
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?) | Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
Salam sejahtera. Mohon tuan/puan memberi penjelasan yang lanjut bagi soalan berikut: "______ tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri," kata Bendahara Bitara kepada Laksamana Idris. Antara Tuanku dan Baginda, yang manakah jawapan yang paling tepat. Mengapa? Penjelasan bagi Tuanku dalam Kamus Dewan adalah tidak mencukupi. Terima kasih | Salam sejahtera, Ayat yang tepat untuk soalan di atas ialah "Baginda tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri". Istilah "Tuanku" digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA DATARAN SUNGAI | ميدن سليرا داترن سوڠاي | Ejaan | 15.12.2015 |