Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengu­sutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id, bp sama emak (ibu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /sémak/; menyemak 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: ja­watankuasa ~ dasar pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015
Bolehkah dua kata ganda diletakkan berturutan dalam satu ayat? Sebagai contoh “Benar, ayah. Belalang sembunyikan dalam semak-semak kira-kira sebatu jauhnya dari bendang itu,” kata Belalang.Penggunaan kata ganda dalam ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. Tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa kata ganda tidak boleh diletakkan berturutan dalam satu ayat.Tatabahasa25.02.2016
Tuan, perkataan semak samun perlu ditulis dengan meletakkan tanda sempang atau tidak? semak-samun atau semak samun?Ejaan yang betul ialah semak samun.Ejaan12.06.2012
semak semula atau semak balik?Yang betul dan gramatis ialah semak semula.Tatabahasa29.07.2010
Mencantas semak samun. Boleh ke mencantas semak samun? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll). Dalam konteks semak samun, perkataan mencantas dan  memangkas semak samun boleh digunakan, iaitu yang bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek.  Tatabahasa25.07.2018
SEMAK EJAAN PADA BANNERUntuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan puan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain27.02.2020
Semak ejaan

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/  atau datang ke Kaunter Sah Bahasa di pejabat-pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Terima kasih.

Lain-lain13.09.2018
Semak Frasa, yang mana lebih bersesuaian dan tepat untuk digunakan Selamat Menyambut Hari Merdeka atau Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan atau Selamat Menyambut Hari KebangsaanUntuk makluman, frasa yang diberikan ketiga-tiganya betul. Sungguhpun begitu, terdapat maksud yang berbeza, iaitu:

1. Hari Kemerdekaan ialah hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara 
2. Hari Merdeka bermaksud hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara
3. Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat
Lain-lain30.08.2018
semak ayt jika ada ejaan yang salahDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk novel.  (2) Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman. (3) Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP. (4) Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa09.08.2018
semak iklan iniSila buat permohonan pengesahan iklan dalam talian melalui dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur.Lain-lain27.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas