sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannya | Ayat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 24.09.2007 |
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan? | Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklum | Tatabahasa | 05.08.2007 |
Salam sejahtera. 1. check email dalam bahasa Melayu : semak emel atau periksa emel ? 2. Tempat bas berhenti di tepi jalan ialah perhentian bas ? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: 1. semak e-mel 2. perhentian bas | Istilah | 20.04.2011 |
1)nak semak ejaan masukkan@masukan..yang mana yang tepat.. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 26.10.2010 |
Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP) | Ejaan yang betul ialah Loklak | Ejaan | 04.10.2011 |
mohon untuk semak penggunaan bahasa. | 1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI" SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? 2. Sila betulkan seperti yang berikut: Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut: - DIDENDA - HARTA DISITA - HARTA DILELONG
| Tatabahasa | 12.09.2012 |
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ? | Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga) 2. semak (kaji) : semak (kusut) Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh: 1. kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) | Istilah | 07.04.2009 |
Bolehkah perkataan "ADA" digunakan di depan kata kerja? Misalnya : 1. Saya ADA semak senarai hitam. 2. saya ADA membuat kerja. 3. Surat pelantikan ADA difailkan. minta penjelasan. | Perkataan ada boleh digunakan di hadapan kata kerja. Contoh: 1. Dia ada pergi ke sekolah pagi tadi. 2. Saya ada menerima surat daripadanya. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH. | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat. Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 28.05.2013 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |