Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bur] | سمبور

Definisi : 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bur] | سمبور

Definisi : sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut. kena ~ a. terkena benda-benda kunyahan yg dipancutkan dr mulut. b. ki kena marah atau kena maki. bersembur keluar memancar atau memancut: Darah ~ ke mukanya. menyembur 1 mengubati sesuatu penyakit dgn jampi dan sembur. 2 menyebabkan sesuatu disembur dgn: Dia ~ keretanya dgn cat berwarna biru. menyemburkan 1 memancarkan se­suatu dr mulut: Dia kemudian ~ sepah-sepah sirih itu pd badan orang yg sakit. 2 membuat sesuatu keluar memancar; memancarkan: Kita dpt membunuh nyamuk dgn ~ ubat nyamuk di tempat-tempat nyamuk menyorok. semburan sesuatu yg memancut atau memancar ke luar; pancaran. penyemburan perbuatan (hal dsb) menyembur atau menyemburkan sesuatu. penyembur alat yg digunakan utk menyembur atau utk menyemburkan sesuatu: ~ racun serangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Plastics Blow Molding Machines'? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera. Cadangan kami ialah Mesin Pengacuan Sembur Plastik.Penyemakan dan penterjemahan05.02.2016
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasihPadanan 1 dan 2 sesuai.
3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya
4.  Pusat Servis Perodua 1 Klang
5.  Pusat Servis Perodua 2 Klang 
Lain-lain24.11.2015
Assalamualaikum. Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk air brush? Kerjasama didahulukan ucapan terima kasihWa alaikum salam,

Terjemahan perkataan air brush dalam bahasa Melayu ialah berus sembur.
Istilah09.08.2017
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUAPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur CatLain-lain16.07.2014

Kembali ke atas