Apakah aliran / kabus semburan pestisid menepati "pesticide spray drift" ? | Istilah "kabus semburan pestisid" boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 26.05.2016 |
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih. | Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi" | Istilah | 25.01.2017 |
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.05.2014 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |