Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh? | Tuan, Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu. | Makna | 01.05.2009 |
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan | Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.04.2010 |
Apakah maksud kata semu? Adakah betul 1. Apa nama anda? (Salah) 2. Siapa nama anda? (betul) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semu bermaksud bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja. Frasa yang betul ialah siapakah nama anda ataupun nama anda siapa? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Istilah | 20.07.2010 |
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Selamat pagi, saya ingin penjelasan mengenai kata ganda separa dan kata ganda tunggal atau semu merangkumi maksud dan contoh yang sesuai | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu: Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
Saya ingin bertanya, adakah perkataan lelaki yang merupakan kata ganda separa menunjukkan jamak atau tunggal (semu)? | Lelaki merujuk makna tunggal. | Makna | 19.08.2015 |
Salam sejahtera,bolehkah pihak DBP menjelaskan penggunaan kata ganti nama diri ketiga bagi beliau.Adakah beliau boleh digunakan untuk semu orang yang lebih tua tanpa mengira pangkat atau hubungan keluarga. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, beliau merupakan kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati. | Tatabahasa | 21.06.2017 |
1. Adakah "para murid" digunakan betul? 2. Adakah "banyak kanak-kanak" digunakan betul? Atau "banyak kanak" betul? | 1. Murid boleh membawa maksud seorang atau ramai berdasarkan konteks penggunaannya. Oleh itu, perkataan murid tidak perlu didahului penanda jamak seperti para. 2. Kanak-kanak ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, frasa banyak kanak-kanak betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.01.2014 |
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 01.06.2013 |
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasih | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. | Tatabahasa | 09.09.2017 |