Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : (sénténg) 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan (wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau; menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), me­ngurang-kan; kesentengan perihal senteng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : (sénténg) (Bali) kain kemban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : /sénténg/ 1 tidak cukup pan­jangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senteng (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: singkat, cupul, cupet, sontok,
Berantonim dengan labuh

2. Bersinonim dengan tidak cukup: kurang, merosot, susut,
Berantonim dengan mewah

3. Dalam konteks bp
bersinonim dengan cacau, racau, kacau, keliru, kusut, bingung,
Berantonim dengan waras

Kata Terbitan : menyentengkan, kesentengan,

Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baju 'crop top' dalam bahasa melayu apa ya? 'baju separuh'?Kami mencadangkan "crop top" diterjemahkan sebagai "baju senteng". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022

Kembali ke atas