Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geo-nomiformis; 2. = pinang ~ sj tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Peribahasa

Sebagai asam dengan garam.

Bermaksud :

Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"?Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik;

Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
Tatabahasa17.07.2013
Baju yang berwarna kuning itu sangat ( padanan , berpadanan , memadan , sepadan ) dengan kulit Maizurah yang putih melepak itu.Jawapan yang tepat ialah sepadan.Tatabahasa20.07.2013
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui istilah BM yg sepadan dgn istilah bahasa inggeris " bioprospecting ". Sekian, terima kasih. CKDalam data PRPM tiada terjemahan yang sepadan dengan bioprospecting. Data kami hanya "prospecting" yang membawa maksud cari gali.

Ejaan17.01.2013
Warna baju itu (sepadan , berpadanan) dengan kulitnya.Perkataan yang betul ialah berpadanan yang  bermaksud bersesuaian. Warna baju itu berpadanan dengan warna kulitnya.Tatabahasa09.07.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan apakah istilah BM yang sepadan dengan 'cooking gas' ? Manakah yang betul, 'gas memasak' atau 'gas masakan'? Sekian, terima kasih CKYang betul ialah gas memasak atau gas masak.Istilah23.11.2011
Assalamualaikum / Selamat sejahtera, Saya sedang menterjemah satu rencana di internet. Untuk pendekkan cerita, saya tidak dapat jumpa istilah sepadan bagi perkataan "fullerene" dan "buckyball"/"buckministerfullerene" di PRPM. "Fullerene" ialah satu jenis alotrop karbon yang berbentuk sfera berongga, tiub atau elipsoid, dan "buckyball" ialah sejenis "fullerene" sfera dengan 60 atom karbon. Soalan saya, apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan tersebut? Tekaan saya bagi terjemahan perkataan "fullerene" ialah "fulerina" kerana perkataan "benzene" diterjemahkan sebagai "benzena", atau "fulerin" kerana perkataan "fluorine" diterjemahkan sebagai "fluorin". Tetapi kedua-dua istilah itu tidak ditemui juga di PRPM. Bantuan pihak anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman, kedua-dua istilah "fullerene' dan "buckyball/buckministerfullerene" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan tatacara pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu untuk "fullerene" ialah fulerena. Istilah "bucky ball/buckministerfullerene" akan dikemukakan kepada  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah24.06.2013
Salam sejahtera, Macam mana untuk mengatakan situasi "chicken and egg" dalam bahasa Melayu? Adakah wujudnya peribahasa bahasa Melayu yang sepadan dengan "chicken and egg"? Sekian, terima kasih.Dicadangkan peribahasa bahasa Melayu yang paling hampir untuk chicken and egg ialah bagai isi dengan kuku. Terima kasih.Lain-lain08.01.2011
Bagaimana kita menterjemah perkataan INTERPRETER ke dalam Bahasa Melayu. Adakah istilah JURUBAHASA sesuai digunakan? Bagaimana pula kita menterjemahkan INTERPRETING ke dalam BAHASA MELAYU? Apa istilah yang sepadan dengan INVALID BENEFIT dalam konteks Sektor Badan Kebajikan? Sekian.interpreter, makna jurubahasa dan interpreting, proses mengalih bahasaMakna03.12.2007
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013
Salam sejahtera!Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara perkataan "sekadar" dan "sahaja"? Saya perhatikan kedua-dua perkataan membawa maksud cuma, hanya, tetapi kurang pasti bagaimana menjelaskan kepada para pelajar. Terima kasih!Sekadar bermaksud selaras dengan (keperluan),sepadan dan sesuai dengan, contohnya Dia membeli barang keperluan sekadar yang mampu. Manakala sahaja pula bermaksud hanya, cuma dan hanya satu-satunya, contohnya, tuan sahaja yang dapat menolong sayaTatabahasa15.05.2013
12

Kembali ke atas