Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video"

Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1.  Video  iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.

Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain.
Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb.

Istilah17.02.2018
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?perkataan yang sesuai ialah pemikiran kritisTatabahasa27.11.2019
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Risk Appetite Statement"Kami belum ada padanan yang sesuai bagi perkataan "Risk Appetite Statement". Kami akan maklumkan sekiranya mendapat padanan yang sesuai. Tuan/puan boleh juga kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk bantuan segera (03-92262506)Istilah19.06.2019
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "perforator"? Adakah "penebuk" sesuai digunakan? Perkataan ini digunakan dalam manual pencetak(printer). Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Ya, setakat ini istilah yang paling sesuai untuk "perforator" dalam kebanyakan bidang ialah penebuk . "Perforator" dalam bidang geografi sahaja yang menggunakan istilah "penindik".

Terima kasih.
Istilah26.09.2017
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Assalamualaikum. Adakah istilah 'specialist healthcare business' sesuai diterjemahkan sebagai 'bisnes kesihatan pakar' atau adakah terjemahan 'bisnes penjagaan kesihatan pakar' lebih tepat, atau adakah terjemahan lain yang lebih sesuai dan tepat? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "specialisy healthcare business" ialah perniagaan pakar penjagaan kesihatan.Makna26.03.2019
Tuan, Yang mana satukah yang betul? Sumber: Stylish & Suits Your Pocket 1. Bergaya & Sesuai Dengan Perbelanjaan Anda ATAU 2. Bergaya & Sesuai Dengan Belanjawan Anda Terima kasihPadanan yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Bergaya dan Sesuai dengan Belanjawan Anda".Makna12.02.2020
Assalam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan yang leih sesuai. 1) Pungutan ses getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Perkataan yang sesuai adakah 'cara' atau 'kaedah'. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document' 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'? 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Sebagai contoh cukai penyelidikan hanya kepada penyelidikan dan tidak melibatkan pembangunan. Adakah 'pembangunan' bermaksud semata-mata membangunkan bangunan atau 'pembangunan' juga merangkumi aspek di dalam penyelidikan. Mohon untuk mendapat maklumbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.1) Pungutan susu getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Kedua-duanya boleh digunakan.

2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document'.  'Dokumen Asal'
paling sesuai.

3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'.  Kedua-duanya boleh digunakan.

4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Merujuk kepada data kami definisi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Sebagai contoh kami akan menerajui bidang penyelidikanpembangunan dan  latihan untuk membangunkan tahap...
 
Lain-lain24.04.2019
1. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowdsourcing" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "penyumberan awam" dalam kajiselidik pengajian PhD saya 2. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowd worker" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "pekerja orang ramai" dalam kajiselidik pengajian PhD saya. 3. Adakah DBP menyediakan perkhidmatan kepada pelajar untuk menyemak terjemahan dr versi BI ke BM ? Sebagai contoh satu perenggan untuk menyemak satu perenggan utk bahagian "Abstrak". Kerjasama dan maklum balas dari DBP saya dahului dengan ribuan terima kasih. Salam hormat, Mohd Fitri Mansor1. Istilah yang sesuai untuk "crowdsourcing" ialah sumber khalayak.

2. "Crowd worker" sesuai dipadankan dengan istilah pekerja kumpulan atau pekerja khalayak. Penggunaan istilah yang sesuai bergantung kepada konteks ayat.

3. DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen bahasa Melayu. Tuan boleh menghubungi DBP Bahagian Penguatkuasaan di talian 03-2147 9763 untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.
Lain-lain16.10.2018
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya sekiranya terjemahan "sekitar tahun tersebut" sesuai untuk "around the year"? Sekiranya tidak sesuai, mohon cadangan pihak DBP. Terima kasih. Contoh ayat: update the information around the year.Padanan yang sesuai untuk ayat yang dinyatakan ialah Mengemas kini maklumat sepanjang tahun.Tatabahasa28.02.2019
12345678910...

Kembali ke atas