Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum ini | Sekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus. | Istilah | 27.11.2015 |
salam saya ingin menrealisasikan Koperasi E-Sukan Selangor tetapi KKM mengatakan E-Sukan tidak wujud dalam kamus dewan bahasa. http://www.e-sukan.com/ - disokong oleh KBS mohon bantuan pihak tuan | Untuk makluman, perkataan e-sukan tiada dalam pangkalan data kami. Sila berikan maklumat lebih lanjut mengenai perkataan "e-sukan" dan huruf "e" tersebut. Untuk makluman, huruf "e' tersebut hanya diterima sekiranya huruf tersebut merujuk kepada perkataan "elektronik". Contohnya: e-kerajaan | Lain-lain | 26.11.2015 |
assalamualaikum saya mohon pihak berkenaan dapat membuat pemantauan berkenaan penyalahgunaan bahasa melayu. penyalahgunaan bahasa yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa rojak samada dalam media elektronik mahupun media cetak. perkataan FINAL sering digunakan dalam laporan berita sukan. mohon dapat diberikan perhatian. sekian,terima kasih. | Terima kasih atas makluman yang diberikan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Kami juga mencadangkan tuan memberikan butiran kesalahan yang ditemukan dalam paparan awam dalam domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.06.2014 |
Saya ingin bertanya peluang untuk menulis di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka..Saya berminat untuk menulis dalam bidang sukan.. | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 16.11.2009 |