Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.jub]/[tak.jub] | تعجوب

Definisi : takjub berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum: Mak Guna tercengang, hairan dan ~; menakjubi berasa takjub (hairan) akan, me­ngagumi; menakjubkan mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan: kesaktian Wira Pati sangat ~ Sang Nata; ketakjuban perihal takjub, kehairanan, keka­guman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.jub]/[tak.jub] | تعجوب

Definisi : berasa hairan kerana melihat atau mendengar sesuatu yang luar biasa. menakjubkan menimbulkan rasa tak­jub; menghairankan; meng­a­gumkan: Ke­­saktiannya ~ sekalian yg hadir. ketak­juban keadaan takjub; ke­hairanan; ke­kaguman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takjub (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kagum, hairan, tercengang, terpesona, kaget, terperanjat, terkejut, pelik, aneh, ganjil, ajaib;,
Kata Terbitan : menakjubkan, ketakjuban,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.

YM Tengku,

Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. 

Tatabahasa14.10.2010
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru?Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan  dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa09.04.2009
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010

Kembali ke atas