saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
kenapa kata tanya hanya boleh digunakan dalam ayat tanya?kenapa kita perlu guna APA-APA tapi bukan APA dalam pembentukan ayat? | Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. munsyi, soalan saya ialah tanya atau Tanya lebih sesuai digunakan? TQ | Ejaan yang betul ialah Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" tanya Arif kepada kawannya. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQ | Bagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?" | Lain-lain | 05.02.2012 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Biasanya kata tanya yang digunakan adalah seperti bagaimanakah atau mengapakah untuk membina ayat tanya. Bolehkah kata tanya digunakan tanpa -kah seperti dalam ayat berikut? Terangkan bagaimana/mengapa penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat tanya ditandai dengan penggunaan partikel kah dan tanda tanya. Perkataan terangkan lazimnya digunakan bagi meminta sesuatu penjelasan bukannya pertanyaan, seperti terangkan bagaimana penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”? | Saudara Boh, Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
adakah ayat tanya ini betul?? -pukul berapa sekarang? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan -kah atau menggunakannya tetapi bukan di hadapan ayat ? | Yang betul ialah 'Pukul berapakah sekarang?'. Ayat ini ialah ayat tanya songsang yang predikatnya didahulukan. Bagi ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan 'kah', ialah ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa dan siapa. Contoh : Itu apa? Orang itu siapa? Untui maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.06.2008 |
Tuan, bolehkah kata tanya digunakan pada ayat penyata. kata tanya seperti apa, mana, siapa, bila, bagaimana. sekiranya tidak boleh, apakah kata yang boleh digunakan untuk mengantikan kata tersebut? sekiranya ayat yang menggunakan kata tanya dalam ayat penyata salah, kesalahan ayat ini diklasifikiasi sebagai kesalahan apa? Contoh ayat: ibu bapa datang di mana untuk menyaksikan pertandingan itu. siapa yang menang akan diberi hadiah. Terima kasih | Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Dalam ayat contoh ayat yang diberikan ayat yang betul ialah ibu bapa datang untuk menyaksikan pertandingan itu dan pemenang akan diberi hadiah. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
TANYA MAKSUD : 1. seperti katak bawah tempurung. 2. seperti hujan ke pasir | Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu seperti katak di bawah tempurung ialah amat picik pengetahuannya. Untuk mengetahui makna peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau layari laman sesawang DBP dan cari di carian kata. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya. Bolehkah kata tanya dimasukkan dalam ayat penyata seperti ayat di bawah? Ramalkan apa yang berlaku jika lapisan kornea tercalar. Minta penjelasan. Terima kasih. | Kata apa boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana selain daripada berfungsi sebagai kata tanya apa juga bermaksud sesuatu yang kurang tentu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |