Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah saya tanya tentang penggunaan imbuhan "me...kan" dengan "me...i"?? terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa28.04.2011
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan.

Lain-lain10.11.2010
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....?Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-.
Contoh:
Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa).
Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa)

Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut.
Tatabahasa16.04.2013
1. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" tanya Puan Ainon kepada Amira. Bukankah kata dasar "tanya" itu kata dasar terikat yang tidak mempunyai maksud? Oleh itu, kata "tanya" tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana taraf terikat kata itu. "Tanya" patut diterbitkan menjadi "bertanya" yang mempunyai maksud dan, oleh itu, bersifat bebas dalam ayat. Pada pandangan saya, ayat yang tepat: 2. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" Puan Ainon bertanya kepada Amira. atau 3. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" bertanya Puan Ainon kepada Amira. (ayat songsang) Apakah pandangan tuan?

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kata dasar “tanya” lebih tepat dari segi tatabahasa. Sekiranya penulis ingin menggunakan kata terbitan “bertanya”, perkataan tersebut perlu menggunakan akhiran -kan serta diikuti kata penyambut, contohnya “bertanyakan soalan” kerana setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.06.2020
Nisha Naviletchu Aug 25th, 10:48pm Maaf, tumpang tanya, boleh tak kalau sesuatu perkataan ada imbuhan, memper- , belakangnya ditambah -kan- , contoh: mempergunakan, memperluaskan terima kasihApitan memper... digunakan dengan kata adjektif. Apitan memper...kan digunakan dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif.Tatabahasa25.08.2014
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
Nur Hidayah Abdullah SAB 12.55 PAGI Nur Hidayah Abdullah Nur salam, saya nk tanya, 1)jika perkataan "dari", selepas dia mestilah menggunakan perkataan yg merujuk (arah,masa dan tempat) kan? jadi nk tanya, jika ayat begini,, .....................dari/daripada pihak universiti. mana satu yang betul? 2) perkataan "facebook" adakah tergolong dalam kata nama khas atau perkataan bahasa asing? dan bagaimanakah pengunnan perkataan tersebut di dalam tulisan rasmi, adakah perlu sekadar huruf besar di depan(Facebook) atau perlu diitalickan?1. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Penggunaan hendaklah berdasarkan konteks ayat. 2. Facebook merupakan kata nama khas yang dieja dengan huruf besar pada pangkal perkataan.Tatabahasa06.05.2017
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber...kan adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa  ayat dengan kata kerja tak transitif berimbuhan ber-…-kan yang diikuti oleh pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Pengembara itu berselimutkan embun. Ayat ini tidak boleh dipasifkan seperti yang berikut: Embun diselimutkan oleh pengembara itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 144 – 147).

Tatabahasa20.08.2021
Selamat sejahtera, saya nak tanya apakah perbezaan ahli dengan anggota? Selain itu, saya juga nak tanya manakala ialah kata hubung gabungan ataupun kata hubung pancangan keterangan? terima kasih atas balasanAhli ialah anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain). Sebagai contoh, Ahli politik. Anggota ialah bahagian tubuh terutama tangan dan kaki. Contoh ayat, Duduk membongkok tidak menye­nang­kan  anggota badannya. Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”


Lain-lain22.11.2022
Nak tanya...lampiran fail atau lampirkan fail? dua dua boleh kan? :-)Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaan. Lampiran fail ialah kata nama manakala lampirkan fail merupakan kata kerja.Tatabahasa29.05.2014
123

Kembali ke atas