maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. | Istilah | 29.06.2009 |
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan? | Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. | Lain-lain | 22.09.2021 |