Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Pohon selasih pohon kurma,
     Pulau belukar batang gelugur;
Kita berkasih sudah lama,
     Bentang tikar tempat tidur.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memohon untuk semakan kepada terjemahan perkataan 'flowerbed' kedalam bahasa melayu. Penggunaan yang biasa dilihat adalah 'tempat tidur bunga' yang mana tidak menggambarkan maksud yang tepat.Padanan bahasa Melayu bagi istilah flowerbed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.12.2022
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019
terjaga dari tidur atau terjaga daripada tidur? Terima kasih.Frasa yang betul ialah …terjaga daripada tidur. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Daripada pula di hadapan kata nama atau frasa nama; punca bagi manusia atau institusi; haiwan, benda, dan unsur mujarad; sumber atau asal kejadian sesuatu benda; perbezaan atau perbandingan; dan menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.Tatabahasa01.12.2014
Penggunaan kata sendi dari,daripada. 1) bangun dari / daripada tidur? Jika dari/ daripada, apakah alasannya. 2) mengambil wang dari / daripada mesin ATM?Bangun daripada tidur dan daripada mesin ATM. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.Tatabahasa30.07.2012
Saya hendak tanya: Potret datuk masih tergantung (di atau pada) dinding bilik tidur ibu. --penggunaan di atau pada ? mana yang betul ? kenapa?Ayat yang gramatis ialah Potret datuk masih tergantung pada dinding bilik tidur ibu kerana pada menunjukkan keterangan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
Salam, saya ingin bertanya, 'Sleepover','Pajamas party' atau 'Slumber party' merupakan budaya barat yang bermaksud tidur semalaman di rumah seseorang atau tempat lain. Disebabkan budaya ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu, ada tak perkataan atau frasa yang boleh diterjemahkan bagi menepati makna perkataan tersebut? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Parti Bermalam.Istilah28.04.2016
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih.Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna11.03.2021
mohon jelaskan perbezaan kata sendi nama dari dan daripada, di dalam buku teks Bahasa Melayu SK tahun 4 muka surat 61 " Aku terjaga daripada tidur setelah...." mengapa menggunakan perkataan daripada.. sekian terima kasihdari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah daripada.Tatabahasa11.04.2011
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
Makna22.02.2012
Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu-Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;Lain-lain01.09.2010
12

Kembali ke atas