Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah atau tempat yg didiami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Mana tiku mana piaman,
     Batu kecil kiliran padi;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal tepian tempat mandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertilam pasir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. 1. Tempat tinggal untuk ayam digelar reban, Tempat tinggal untuk arnab digelar sebagai reban atau kandang? ATAU kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan. Terima kasih.Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan.Tatabahasa19.05.2015
1. Hutan ialah tempat haiwan tinggal. 2. Hutan ialah tempat tinggal haiwan. Pls kindly help to adv which is the correct. Thank youAyat yang betul ialah "Hutan ialah tempat tinggal haiwan."Tatabahasa02.10.2013
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir.1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepatTatabahasa25.07.2011
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih.Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa26.02.2020
Adakah DBP Sarawak mempunyai kuarters tempat tinggal untuk stafnya?Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan kuarters kediaman untuk staf.Lain-lain27.01.2017
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters  terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar PesisirMakna04.09.2019
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp.

1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman

2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat

 

Makna28.05.2008
Ayat mana satu yang betul? "Tempat (tinggal mereka) selalu banjir." atau "Tempat (mereka tinggal) selalu banjir." Terima kasih di atas bantuan anda.Kedua-dua ayat itu betul.Tatabahasa22.10.2009
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, terjemahan yang sesuai bagi "snow trench". Istilah ini digunakan untuk menyatakan tempat tinggal sementara di kawasan kutub. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang snow trench dalam pangkalan data kami. Melihat kepada konsep dan fungsiĀ snow trench melalui carian kami di Internet, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada pondok salji.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2014
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu?Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing.Makna09.07.2008
123456

Kembali ke atas