Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'? | Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
MEMOHON PIHAK DBP UNTUK MENYEMAK BAHASA UNTUK BUNTING BAGI TUJUAN PAPARAN DI TEMPAT AWAM. | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 17.04.2017 |
maksud lain bagi stesyen,zon.bagi mengambarkan satu kawasan lingkungan.lebih kemelayuan.macam nama stesyen tv. | Maksud stesen ialah tempat, iaitu tempat yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu. Manakala zon bermaksud kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu. Ungkapan yang lazim ialah stesen televisyen. | Makna | 02.11.2009 |
Salam, Mohon bantuan bagi maksud JAYAWARA? | Untuk makluman tuan, tiada perkataan jayawara dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah jerayawara yang bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pameran. | Tatabahasa | 22.04.2014 |
Penggunaan perkataan dikalangan. Mana satukah yang betul? dikalangan ataupun di kalangan? | Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2016 |
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar? | Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester. | Lain-lain | 21.12.2014 |
SAYA INGIN MENDAPAT PENGESAHAN BAHASA PADA BANNER DI KEDAI MAKAN SAYA IAITU ABU CORNER UNTUK TUJUAN LESEN IKLAN. ADAKAH NAMA ABU CORNER ITU SESUAI DIGUNAKAN? TERIMA KASIH | Abu Corner ialah bahasa Inggeris. Untuk paparan di tempat awam termasuklah nama kedai, iklan dan sepanduk hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Selamat Sejahtera, Saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak dan membuat pengesahan perkataan SEROM bagi tujuan kelulusan Permohonan Pelan Nama Taman, Jalan dan Pernomboran. Untuk makluman pihak Tuan/Puan Perkataan SEROM ini berasal dari nama tempat tersebut, bagi memudahkan serta mendapat kesamaan pihak kami telah memilih nama berkenaan. Kami sertakan surat ulasan daripada pihak majlis. Kerjasama dan tindakan lanjut dari pihak Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk penamaan nama taman, jalan dan pernomboran perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Setelah menerima id akses dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk juga Panduan Pelanggan). | Lain-lain | 06.01.2020 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih. | Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos. | Istilah | 18.12.2019 |