Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pat] | تڤت

Definisi : 1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pat] | تڤت

Definisi : 1 lurus arahnya atau lurus tujuan­nya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila di­campurkan berjumlah 90 darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPANSeluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk.

Tatabahasa23.07.2013
Adakah kata penguat bebas 'sungguh' boleh digunakan seperti contoh di bawah? tersungguh cantik.Tersungguh cantik tidak tepat, yang tepat ialah sungguh cantik atau cantik sungguh.Tatabahasa22.12.2010
contoh dan alasan frasa dua objek. objek tepat dan objek sipiDalam binaan ayat, objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat, sementara objek yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi, contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku. Asri - objek tepat dan sebuah buku - objek sipi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 195.Tatabahasa28.10.2010
Dahulu saya menggunakan ungkapan “perkara berikut”. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah “perkara yang berikut”. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan “yang” perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan.'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Tatabahasa21.01.2013
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat?Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka.Tatabahasa04.07.2013
Ali "sedang" menggosok gigi "pada waktu pagi".(Adakah ayat ini betul?)Sedang bermaksud ketika/masih melakukan sesuatu lagi. Ayat itu kurang tepat dan ayat yang tepat ialah "Ali menggosok gigi pada waktu pagi". Tatabahasa11.08.2011
TERJEMAHAN TEPAT "RUBBER STAMP" DALAM BAHASA MELAYUIstilah bahasa Melayu untuk "rubber stamp" ialah cap getah.Istilah03.10.2012
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga.Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. Ejaan19.08.2011
Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu."Tatabahasa26.09.2013
mana satu tepat bagi ayat berikut. saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ____________- akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, kata cikgu najihah kepada pelajar-pelajarnya. adakah kamu, kalian atau anda ..jawapannya.kalian.Tatabahasa08.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas