Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
Yang mana paling tepat: 1. ... kota Makkah 2. ... Kota Makkah | Huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada Allah | Percaya kepada Allah. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Yang mana paling tepat: 1. Di bawah lindungan Allah 2. Bawah lindungan Allah | Di bawah lindungan Allah | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Yang manakah betul/tepat - (1) Yang berikut ialah senarai nama... (2) Berikut ialah senarai nama.... harap dapat berikan rasionalnya. Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah "Yang berikut ialah senarai nama ..." kerana "Yang berikut" ialah Frasa Nama yang menjadi subjek ayat hadir di hadapan Predikat (ialah senarai nama). Ayat "Berikut ialah senarai nama", Perkataan "Berikut" ialah kata kerja dan kata kerja tidak boleh menjadi Subjek ayat. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Manakah yang paling tepat, 1. Pelancong itu tertarik .......puisi yang disampaikan oleh Siti. a. pada b. kepada c. dengan d. oleh HARAP DAPAT JELASKAN SEBAB JAWAPAN DIPILIH. TERIMA KASIH | Pelancong itu tertarik kepada puisi yang disampaikan oleh Siti. Penjelasan: Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian) | Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Ayat manakah yang lebih tepat? 1) Memberi cita rasa baru buat keluarga tercinta 2) Memberi cita rasa baru untuk keluarga tercinta | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud buat ialah "untuk" dan "bagi". | Tatabahasa | 31.05.2012 |