| apakah maksud membujur lalu melintang patah ? terang kan beserta ctoh situasi...tq | Maksud peribahasa ini ialah "perintah yang tidak dapat dialang-alang atau terpaksa diturut. | Makna | 09.04.2010 |
| tolonglah saya !!!!! saya dah baca tatabahasa dewan banyak kali tetapi masih ada benda yang saya kurang memahami , persoalan saya APA BEZA DENGAN IMBUHAN APITAN ME-KAN DENGAN AWALAN ME ,,, BAGAIMANA CARA PENGUNAAN YANG BETUL MENGIKUT TATABAHASA BM,,, TOLONG TERANG DENGAN JELAS BERSAMA CONTOHNYA,,,,,,,,,,,, TOLONG SAYA | Awalan meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contoh memasak, menyampuk dan sebagainya, manakala imbuhan apitan meN-...-kan terdapat dalam empat golongan kata, iaitu kata nama (KN), kata adjektif (KA), kata kerja (KK), dan kata tugas (KT) untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya menghambakan (KN), meninggikan (KA), membelikan (KK transitif ), menidurkan (KK tak transitif), dan membiasakan (KT). Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 191 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
| Para tokoh DBP yang saya sanjungi sekalian. Berdasarkan hukum dan peraturan Tatabahasa, selepas perkataan "memberi" jika ada OBJEK TIDAK BERNYAWA, adakah saya perlu menambah akhiran -kan di belakang memberi dan menjadikan perkataan tersebut "memberikan"? Contoh: 1. Saya memberikan tuisyen kepada kawan saya. atau 2. Saya memberi tuisyen kepada kawan saya. Saya berasa bahawa perkataan "memberi" tanpa akhiran -kan hanya digunakan apabila belakang perkataan memberi terdapat OBJEK BERNYAWA. Seperti: Cikgu Syarifah mengajar saya mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam ayat tersebut, objek, iaitu "saya" merupakan OBJEK BERNYAWA. Jadi "memberi" adalah sesuai. Jika menggunakan "memberikan", adakah ayat saya tersebut salah? Terima kasih. | Dalam Kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Terbitan khas KBSM, DBP menerangkan: · memberi-menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh:Ia memberi anak-anaknya wang saku. · Memberikan-menyerahkan sesuatu kepada. Contoh: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka ayat yang betul bagi soalan yang dikemukakan ialah: · Saya memberikan tuisyen kepada kawan saya. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
| yang mana lebih betul "yang dijelaskan oleh Guru Besar" atau "yang diperjelaskan oleh Guru Besar"? Apa beza "dijelaskan" dgn "diperjelaskan"? | Kedua-duanya betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan yang betul. Dijelaskan bermaksud menerangkan atau menghuraikan (sesuatu) dengan terang dan dapat difahami. Diperjelas bermaksud menjadikan (sesuatu) lebih jelas. Awalan diper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper-...kan wujud dalam ayat pasif, iaitu ayat yang menjudulkan objek asal. seperti "yang diperjelaskan oleh Guru Besar" Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 883 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 214. | Tatabahasa | 12.11.2025 |
| Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |