| Sudah terang lagi bersuluh,ramai orang yang semakin celik komputer pada zaman kemajuan sains dan teknologi ini.ADAKAH AYAT TERSEBUT BETUL ? | Ayat yang diberikan tidak ada kesalahan. Sungguhpun demikian, selepas tanda koma, perlu dijarakkan, iaitu Sudah terang lagi bersuluh, ramai yang semakin celik komputer pada zaman sains dan teknologi ini. | Lain-lain | 13.05.2017 |
| Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak (untuk )negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Penggunaan kata sendi nama ‘untuk’ di sini salah atau betul?Kalau betul mengapa? | Penggunaan kata sendi nama "untuk" betul dalam konteks ini kerana menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. | Tatabahasa | 14.01.2021 |
| Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Salam sejahtera, Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan. | Tatabahasa | 20.12.2016 |