Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.had] | ترحد

Definisi : 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.had] | ترحد

Definisi : telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan yang betul dari segi bahasa untuk "New Limited Edition". Adakah ia: "Baru Edisi Terhad" atau "Edisi Terhad Baru"Terjemahan yang betul ialah Edisi Terhad Baharu.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2016
Salam sejahtera. “Pertandingan ini terhad kepada 50 orang terawal sahaja.” Bolehkah perkataan “terhad” dalam ayat ini digantikan dengan perkataan “terlimit” dan menjadi “Pertandingan ini terlimit kepada 50 orang terawal sahaja.” Terima kasih.Perkataan "terhad" boleh digantikan dengan perkataan "terlimit" dalam ayat tersebut dan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun perkataan "terhad" lebih luas digunakan. manakala perkataan  "terlimit" jarang digunakan.   Tatabahasa05.08.2019
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa “tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis?Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488.Tatabahasa30.10.2009
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasihAyat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.03.2013
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:)Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. 
Tatabahasa28.02.2012
Maaf. sambungan soalan yang tadi. Sekiranya majlis konvokesyen digunakan, adakah ia hanya terhad untuk menyampaikan di peringkat ijazah sahaja? Memandangkan Jabatan ini hanya mengeluarkan graduan/ siswazah di peringkat sijil sahaja. Terima kasih

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah.  Untuk makluman tuan, kata graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Majlis penyampaian sijil tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. Cadangan yang sesuai ialah Majlis Penyampaian Sijil Institut Latihan Perhutanan Ke-33.

Tatabahasa12.04.2019
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan.Makna26.07.2007
Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu?Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan.Tatabahasa16.07.2018
Apakah beza dan bagaimana cara utk menggunakan perkataan "pilihan" & "pemilihan"? Adakah terjemahan utk perkataan "selection" hanya terhad kepada "pemilihan" sahaja, atau boleh juga diterjemahkan sebagai "pilihan". Jika boleh, bagaimana utk menentukan terjemahan (pilihan @ pemilihan) yang manakah yang lebih sesuai digunakan utk "selection".Dalam Kamus Dewan, terdapat pilihan antara pilihan dan pemilihan. Pilihan ialah sesuatu yang telah dipilih, atau hasil memilih; dan pemilihan ialah hal atau perbuatan memilih. Maka terjemahan perkataan selection dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks maknanya dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.03.2014
12345678910...

Kembali ke atas