mengikut hukum DM perkataan manakah yang betul 'anak tudung' atau 'tudung anak' | Dalam konteks ini, anak tudung ialah istilah yang betul kerana kita merujuk kepada jenis tudung yang dipakai di dalam. Contoh lain seperti anak baju. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empat | Frasa yang betul ialah tudung segi empat. | Tatabahasa | 23.01.2014 |
Apakah terjemahan bagi perkataan TUDUNG dalam Bahasa Inggeris? | Perkataan "tudung" yang puan tanyakan terlalu umum. Jika "tudung" yang dimaksudkan ialah kain yang digunakan untuk menutup kepala dan aurat wanita padanan bahasa Inggeris yang sesuai ialah "head-cloth". Ada beberapa padanan lagi yang berbeza yang boleh digunakan. Puan boleh merujuk laman web kami prpm.dbp.gov.my (istilah bahasa Malayu) untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.05.2017 |
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQ | Kedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Makna | 22.08.2011 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "the cap or crown of such bottle" dalam ayat di bawah ini, adakah "tutup atau tudung botol" atau "penutup atau penudung botol" atau terdapat padanan lain yang lebih sesuai. 360.(2) In the case of soft drink in bottles with applied ceramic labelling, the requirements of regulations 11 and 14 may be printed in a reduced size of not smaller than 2 point lettering on the cap or crown of such bottle. (2) Dalam hal minuman ringan dalam botol yang menggunakan label seramik, kehendak peraturan 11 dan 14 bolehlah dicetak dalam penghurufan daripada saiz yang lebih kecil yang tidak kurang daripada 2 poin pada tutup atau tudung botol itu. | Istilah yang betul ialah 'tudung botol' atau 'penutup botol'. Kedua-duanya boleh digunakan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2021 |
apakah makna perkataan 'terendak'.Jika ia sejenis benda,apakah kegunaannya | Maknanya ialah sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 15.10.2008 |
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN. | 1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara. 2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi. | Tatabahasa | 21.07.2012 |
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung. | i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri. ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu. iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa? iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati. v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung. | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggal | Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal. | Tatabahasa | 01.04.2010 |