Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain?Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja.Makna13.08.2008
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh.1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya.
2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang.
3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori.
4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga.
5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim.
6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar.
7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah.
Tatabahasa02.07.2012
apakah maksud sakasaka I : pusaka.
saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III : tidak subur lagi (tanah), usang
saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).
saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja.
Makna10.01.2013
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  2 perkataan. 

Jenis-jenis Metafora:

1. metafora implisit
 pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 
2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan
3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan  secara  tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan.
Sastera01.04.2012

Kembali ke atas