Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penempatan semula dinamik(dynamic relocation)Pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada atur cara aktif dari satu kedudukan dalam ingatan ke satu kedudukan lain. Dalam pemindahan ini, semua alamat yang dirujuk oleh atur cara diubahsuai supaya dapat berjalan dengan betul di kedudukan baru itu.Kamus Komputer
penempatanperihal menempati atau menempatkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah.Kamus Dewan Edisi Keempat
bubuh; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempat1. sesuatu yg digunakan utk menaruh (menadah, menyimpan, dll), bekas, wadah: ~ habuk rokok; ~ bara; 2. ruang (kawasan dll) utk melakukan sesuatu: percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud; 3. ruang dll yg digunakan utk me­nyim­pan (menaruh) sesuatu: ia pun terus menanggalkan tuala yg dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya; 4. kawasan (ruang, rumah, dll) yg didiami, kawasan dll di mana terdapat sesuatu: rumahnya itu rumah batu, bangunannya spt ~ berhala Cina; 5. bahagian yg tertentu drpd sesuatu: ~ pemegangnya boleh dibalut dgn getah tiub; 6. kawasan yg tertentu, daerah, kampung, negeri: ayahku tidak duduk di ~ itu; ia kembali ke ~ lahirnya; 7. orang yg jadi lawan bercakap, orang yg jadi tujuan utk bertanya dll, orang yg diserahi keperca­yaan: orang tua itulah ~ kami bertanya; 8. kedudukan (yg sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu): dia mendapat ~ yg baik di kementerian itu; ~nya dlm perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; aspek bahasa perlu diberi ~;~ asal kawasan (negeri, kampung) dr mana seseorang itu berasal; ~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yg tidak didiami orang (jauh drpd orang); ~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yg didiami (orang); ~ ludah perludahan, ketur, tempolong; ~ parkir Id tempat menyimpan kereta; ~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat); ~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan; ~ berpijak sudah terban, ~ ber-gantung sudah putus prb kehilangan orang tempat menumpangkan hidup; setempat 1. satu tempat sahaja; 2. = setem-pat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;menyetempatkan 1. meletakkan (mengum­pulkan dll) di satu tempat sahaja, tidak mem-biarkan berselerakan; 2. mengurung dll supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dll); bertempat 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; bertempat-tempat sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh; menempat berada, terletak: perkara yg ~ di hati; menempati 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; menempatkan 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangan­nya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dlm ~ Sejarah Melayu sbg roman sejarah yg baik; tempatan yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; petempatan kawasan yg baru dibuka utk didiami orang;penempatan perihal menempati atau menem-patkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas