bersedekah | mengeluarkan atau memberikan sedekah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersedekah | 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersedekah | mengeluarkan atau memberikan sedekah. | Kamus Pelajar |
sedekah | bersedekah mengeluarkan atau memberikan sedekah. | Kamus Pelajar |
pahala | ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan; berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dermawan | 1. orang yg suka menderma (pemurah hati); 2. suka atau selalu menderma (bersedekah): seseorang raja yg gagah berani, limpah murah lagi ~ akan dikasihi rakyat; kedermawanan perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muhibah | Ar 1. percintaan, kasih mesra: me-lahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedekah | apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sedekah. menyedekahi memberikan sedekah kpd: ~ orang-orang miskin. menyedekahkan memberikan sesuatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bernazar | berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bernazar | berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh dia akan bersedekah kpd fakir miskin. | Kamus Pelajar |